View: 7226|Reply: 41
|
Saya tak ‘good looking’ nak jadi pelakon – Imran Bard
[Copy link]
|
|
IMRAN terkenal dengan dialog 'ghisau ghisau' dalam TikTok.
Saya tak ‘good looking’ nak jadi pelakon – Imran Bard
PETALING JAYA – Mengecap populariti mendadak sehingga berjaya meraih hampir 400,000 pengikut TikTok dalam tempoh singkat, pemuda yang kian mengorak langkah sebagai pensohor media sosial, Imran Bard menafikan sudah menerima tawaran berlakon.
Imran atau nama lengkapnya, Muhammad Al Imran Badaruddin berkata, dia tidak pernah terfikir untuk ke arah tersebut (berlakon).
“Saya orangnya biasa-biasa sahaja. Cekak memang ‘trademark’ saya.
“(Tentang berlakon), mana ada. Tak adalah. Saya tak ‘good looking’ (sedap mata memandang) nak jadi pelakon,” katanya dalam satu sesi siaran langsung (live) bersama pengacara Ain Edruce untuk segmen LimaLeTop YouTube hurr.tv.
Terkenal dengan aksi bersahaja termasuk dialog ‘ghisau ghisau’, Imran, 20, berkata, dia tidak menyangka dikenali ramai dalam sekelip mata gara-gara kuasa tular Internet.
“Mula-mula saya tengok kawan main TikTok. Sebelum itu, saya tak pandang pun (TikTok).
“Tengok kawan main TikTok kemudian blow up (meletup). Jadi, saya pun terpanggil nak main (TikTok). Saya cuba, mana tahu rezeki kita pula dapat naik (terkenal),” ujarnya yang berketinggian 180 sentimeter.
Selain popular mendadak dalam TikTok, Imran yang merupakan pelajar jurusan seni kulinari turut mengecap populariti drastik dalam YouTube.
Sehingga kini, jumlah subscriber YouTube Imran sudah mencecah 275,000 orang.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.
Barangkali disebabkan itu, salah satu video yang dimuat naik dalam YouTube miliknya berjudul ‘Dalgona Candy’ kian meraih 1 juta tontonan.
Nama Imran Bard semakin menjadi sebutan ramai apabila dialog ‘ghisau ghisau’ olehnya menjadi fenomena sehingga ramai pelakon popular tanah air menggunakan suara dan dialog tersebut dalam video mereka termasuklah Nur Fazura dan Ben Amir. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... pelakon-imran-bard/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni nk mcm lee kwang soo pun ade. Kelakar gituueww |
|
|
|
|
|
|
|
video yang dia buat dalgona candy tu lawak okeh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kelakar,i memula ingat mcm another bbnu yang try hard nak femes,rupanya tidakkk,ehh banyak kali tengok video peluang kedua tp cumi2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu bersahaja, tak buat kelakar pun. Tapi kita yang tengok boleh terhibur.
Tapi tak adalah subscribe yt atau tt dia. Cuma tt dia rajin lalu dekat ig..
|
|
|
|
|
|
|
|
Youtube kelakar
Tiktok tak kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia ala ala Yassin Senario versi molek sikit. lol |
|
|
|
|
|
|
|
i suka tgk youtube masak2 dia sbb suka dgr dia berckp. selamba je tp berdekah org blh ketawa. pastu perkakas masak pun authentic pesen mak2 gitu. yg dia masak sagu gula melaka tu gigih siap kupas kelapa lagi. x pyh try hard sgt dik. jadi diri sendiri je. pastu x yah jadi pelakon nnt hanyut kng susah. buat YT je lah pun blh buat duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
suka kat Imran ni.. ayat ayat dia mmg biasa tapi tak tau lah napa rasa kelakar pulak.. bersahaja dan spontan |
|
|
|
|
|
|
|
iolss lgi suka lawak bersahaja mcm ni dari lawak double meaning...
imran lek chill tak gelabah nk famous pun.. dia buat hal dia je.. tgk pun tau |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la dek.. Fokus je kat youtube and jadi diri sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dengar dia bercakap sesekali macam que haidar pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Xboleh blah nyanyi lagu nabila razali |
|
|
|
|
|
|
|
apa YT dia eh? tak pernah tahu kewujudan dia pong |
|
|
|
|
|
|
|
Tarak kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kelakor tgk yg peluang kedua tuh...
cilakaa confident ye dekkk hahhahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
I tgk jgk. tp taktau mengapa tak terhibur.
Takpe. I akan tgk lg vid2 beliau sahingga i terhibur |
|
|
|
|
|
|
|
Sis tgk sbb apasal u tube asyik suggest dia, tapi lama2 layan gak budak ni.
Dia tak buat joke tapi kita rasa benda tu joke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|