CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 1

[Johor] Kerap brek, lelaki tendang kereta dipandu wanita

[Copy link]
Post time 8-11-2021 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Kerap brek, lelaki tendang kereta dipandu wanita[size=0.8][size=0.9]Omar Ahmad
am@hmetro.com.my




Johor Bahru: Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya, mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, berdasarkan dua video tular yang berdurasi 11 dan tujuh saat di media sosial pada 4 November lalu, memaparkan seorang lelaki menendang sebuah kenderaan di Stulang Laut dekat sini.

Menurutnya, siasatan awal terhadap video itu mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira 10.19 malam pada 31 Oktober lalu.

"Mangsa seorang wanita memandu kereta jenis Honda City warna hitam berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut dihalang suspek iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira warna kuning.

"Suspek turun daripada kenderaannya dan menghampiri kereta mangsa, serta mengarahkannya (mangsa) keluar. Namun mangsa tidak berbuat demikian kerana bimbang keselamatan diri.

"Suspek memarahi mangsa sebelum menendang pintu hadapan sebelah kiri kereta milik wanita itu hingga kemek. Susulan itu, mangsa yang takut meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, susulan rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu terbabit, suspek mengaku memarahi dan menendang pintu hadapan kereta milik mangsa kerana perselisihan faham serta tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa yang didakwa selalu membrek kenderaannya ketika berada di jalan raya.

"Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500 dan kes dicadangkan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak insurans.

"Polis menasihati orang ramai, khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan menerapkan sikap pemanduan berhemah dan sabar agar mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 3:09pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 05:53 AM | Show all posts
nie x kes tgk hanset atau kaki penuh kurap asyik tergaru2...

tapi aku pernah jumpa driver lalu tgh2 line tgh yg putus2 tu...ehtah ape masalah nye pun xtaulahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197246 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050396 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list