CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2723|Reply: 1

Orang ke-2 sembuh HIV

[Copy link]
Post time 18-11-2021 06:19 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN



Buenos Aries: Seorang wanita di Argentina dipercayai menjadi orang kedua yang sembuh daripada HIV dengan sistem imunnya sendiri.

Wanita berusia 30 tahun itu didiagnos dengan virus itu pada 2013 dan penyelidik menggelarnya sebagai pesakit Esperanza sempena nama sebuah bandar di Argentina yang menjadi tempat tinggalnya, lapor NBC News.com.

Di dalam Bahasa Inggeris, Esperanza bermaksud harapan dan ia sesuai dengan semangat wanita itu untuk hidup dengan sihat dan gembira.

"Saya seronok menjadi sihat. Saya mempunyai keluarga yang sihat. Saya tidak perlu berubat, dan saya hidup seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini sudah menjadi satu keistimewaan," katanya yang tidak mahu namanya disiarkan kerana stigma yang dikaitkan dengan virus itu.

Pengarang bersama kajian itu yang diterbitkan menerusi jurnal perubatan Annals of Internal Medicine berkata, pihaknya percaya penemuan itu akan membawa harapan kepada kira-kira 38 juta orang di seluruh dunia yang hidup dengan virus itu.

Kisah wanita itu menjadi salah satu daripada dua bukti konsep bahawa apa yang dipanggil penawar pensterilan virus nampaknya boleh dilakukan melalui imuniti semula jadi.

"Ini benar-benar keajaiban sistem imun manusia," kata Dr Xu Yu, ahli imunologi virus di Institut Ragon di Boston, yang bekerjasama dengan Dr Natalia Laufer, seorang saintis doktor di Institut INBIRS di Buenos Aries.

Seorang lagi penyelidik, Dr Steven Deeks berkata, mereka perlu memikirkan bagaimana mekanismenya dan menyusun semula secara terapeutik kepada orang ramai.

Saintis sedang menjalankan proses untuk menyembuhkan HIV dalam pelbagai bidang, termasuk melalui terapi gen bagi mencari penawar virus itu.

Sehingga kini, penyelidik berjaya menyembuhkan dua orang lain secara terapeutik melalui pemindahan sel stem yang kompleks dan berbahaya.

Penyakit itu terbukti sangat sukar untuk dihapuskan daripada badan kerana ia akan menjangkiti sel imun yang aktif dalam tempoh lama yang dikenali secara kolektif sebagai takungan virus.

Yu juga adalah pengarang utama kertas kerja yang diterbitkan dalam Nature pada Ogos 2020, yang menganalisis 64 orang yang mempunyai keadaan seperti wanita Argentina itu.

Ia adalah antara anggaran satu dalam 200 orang dengan menghidap HIV yang sistem imunnya sendiri mampu menyekat replikasi virus ke tahap yang sangat rendah tanpa antivirus

Pengarang kajian itu mendapati bahawa sistem imun individu memusnahkan sel-sel yang menyimpan HIV yang mampu menghasilkan salinan baharu virus itu.

Individu pertama yang sembuh dari penyakit berkenaan adalah Timothy Ray Brown.

Bagaimanapun dia meninggal dunia tahun lalu akibat leukemia.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 6:01am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:44 PM | Show all posts
panjang umur dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.672611 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list