CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 1

14 terbunuh dalam tunjuk perasaan di Sudan

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode

TUNJUK perasaan antirampasan kuasa di Sudan. FOTO AFP



Khartoum: Sekurang-kurangnya 14 penunjuk perasaan terbunuh pada Rabu semasa tunjuk perasaan di Sudan, kata kementerian kesihatan, lapor Xinhua.

Khartoum dan bandar-bandar lain menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran menentang langkah-langkah yang diambil panglima tentera Sudan, termasuk membubarkan kerajaan dan melantik majlis berdaulat yang baharu.

Penunjuk perasaan berkumpul di bandar Khartoum, Bahri dan Omdurman.

Disebabkan jambatan yang menghubungkan ketiga-tiga bandar itu ditutup dan kehadiran anggota keselamatan di jalan-jalan utama, penunjuk perasaan gagal sampai ke pusat bandar Khartoum, di mana terletaknya kemudahan utama kerajaan, termasuk pusat pentadbiran kerajaan, ketenteraan dan Istana Republik.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk menuntut kerajaan awam pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok yang disingkirkan dikembalikan serta pembebasan tahanan politik.



Polis Sudan masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai insiden itu yang berlaku ketika tunjuk perasaan berlangsung.

Sudan menghadapi krisis politik selepas Panglima Besar Angkatan Tentera Sudan Abdel Fattah Al-Burhan mengisytiharkan darurat pada 25 Oktober dan membubarkan majlis berdaulat dan kerajaan.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 1:33pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2021 02:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050450 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list