|
The Lancet keluarkan laporan bagi vaksin Sinovac, selang masa yang lebih lama antara dos ke-2 dan ke-3 (booster) memberi perlindungan yang lebih baik berbanding selang masa singkat.
Sinovac Biotech Ltd, Fudan University, dan CDCP melaporkan individu yang menerima booster vaksin Sinovac pada bulan ke-8 menunjukkan kadar atibodi dua kali ganda berbanding individu yang menerima booster pada bulan ke-2.
Selepas enam bulan lengkap dos ke-2, kadar perlindungan vaksin Sinovac terhadap Covid-19 didapati "turun mendadak" namun pengambilan dos ke-3 selepas bulan ke lapan menunjukkan "peningkatan mengkagumkan" pada kepekatan antibodi.
Ini menunjukkan, dalam waspada menghadapi ancaman varian Omicron, tindakan terburu-buru mendapatkan dos booster bukanlah langkah yang terbaik bagi penerima vaksin jenis tidak aktif seperti Sinovac.
Kajian juga menunjukkan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas menunjukkan kadar kepekatan antibodi yang lebih tinggi selepas cucuk dos ke-3 berbanding individu berumur 18 hingga 59 tahun.
|
|