CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1254|Reply: 8

Ibu Hidap Asma Teruk, Bayi Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas Sehari Selepas Lahir

[Copy link]
Post time 13-12-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Perasaan pilu di hati, tak siapa mampu mengerti.


Di sebalik tenang suara wanita ini, tersimpan 1001 duka mengenangkan pemergian bayi sulungnya pada Jumaat lalu.


Berkongsi kisahnya kepada mStar, Nur Ameera Syafiqah Mohd Razis, 24, reda dengan ketentuan Allah dan berharap dirinya dan suami, Hafiz Fikri Mohd Azhari, 20, kuat untuk menempuhi hari-hari mendatang.




Foto: mStar Online




"Saya ada penyakit asma. Ini pula anak pertama saya. Bayi dilahirkan pada 9 Disember, jam 4.20 petang. Selepas dilahirkan, doktor kata bayi saya kena sesak nafas.


"Saya sempat cium dia sekejap saja. Kemudian dia dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana kurang oksigen. Saya dimaklumkan bayi saya dipakaikan oksigen.


"ada pukul 12 malam hari yang sama, doktor minta suami saya datang ke hospital untuk berjumpa dengan anak. Doktor kata anak kami dah 50-50. Esoknya jam 12 tengah hari, saya dibenarkan discaj. Ketika itu doktor benarkan saya tengok anak.


"Dia berada dalam keadaan kritikal. Dalam pukul 4 petang, doktor minta kami datang hospital sebab dah sangat kritikal. Pukul 4.30 petang doktor maklumkan bayi kami dah tiada," imbasnya sebak.




Foto: mStar Online









Mesra disapa Fiqah, pembantu klinik yang menetap di Ampang, Selangor ini masih terkenang akan pemergian bayi sulungnya yang diberi nama Adriana Sofea.


Lebih pilu katanya, dia dan suami sudah membuat persiapan dan membeli pelbagai kelengkapan untuk menyambut bayi sulung mereka yang dilahirkan di Hospital Kajang itu.


"Selepas dilahirkan, saya sempat tengok dia dua kali saja. Bila tengok muka anak, wajahnya mirip wajah saya ketika kecil.


"Sepanjang sembilan bulan, proses kehamilan saya juga lancar. Cuma saya alami asma yang teruk.


"ersiapan untuk anak pun semua dah settle. Kami dah buat persiapan sejak saya hamil tujuh bulan.Ibu saya teruja nak sambut cucu pertama. Tapi bila dah tahu macam ni, ibu saya pun sedih sangat.


"Barang-barang bayi tu saya akan simpan, InsyaAllah ada rezeki lagi lepas ni," ujarnya yang kini berpantang di kediaman keluarganya di Kajang.


Menurut Fiqah, hanya kata-kata semangat daripada keluarga dan teman-teman menjadi kekuatannya ketika ini.


Selain itu, Fiqah turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan emosi oleh suaminya yang juga seorang jurugambar sepanjang tempoh getir ini.


"Kekuatan saya datang daripada keluarga. Saya kata, tak apalah, tiada rezeki kali ini. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain.


"Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata semangat. Suami pun sedih, tapi dia tahan sebab nak kuatkan semangat saya.


"InsyaAllah, saya kena sentiasa kuat. Tak boleh terlalu sedih, risau kemurungan. Saya kena fikir untuk kuat biarpun berpantang sendirian tanpa bayi," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Fiqah dan suaminya berkenalan sekitar tiga tahun lalu.


Pasangan itu kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Asma ni genetik. Masalah berkaitan dgn oksigen akan blok brain development
Tuhan bagi pinjam sekejap supaya buat preparation lebih baik. Semoga Allah ganti rezeki lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 01:20 PM | Show all posts
salam takziah

wah2 tp suami ni umur 18 thun kot time deme kenal hehe...

ala muda lagi...InsyaAllah lepas ni boleh dpt lagi anak.Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 01:54 PM | Show all posts
salam takziah. smga ada rezeki lain untuk mereka ni. Al-fatihah utk anak syurga
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada kawan asma teruk. Kena tak tentu masa. Masa dia pregnant dia kena asma & doc decide bagi dose yang kuat sebab dia dah breathless sangat. doctor dah cakap apa jadi pun dia tak fikir anak dia akan selamatkan mak dulu. Kesian sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye. Salam takziah berpantang la mak tanpa bby. Sedihnye..
Terbayang persiapan dah siap sume tu.
Harap2 ibu kuat. Bole depression terok nie

Mohon nk tnye klo cmnie klo die try next bby cmne nk elak kejadian sama.. Ade ke sape2 thu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 13-12-2021 01:20 PM
salam takziah

wah2 tp suami ni umur 18 thun kot time deme kenal hehe...

Cm 17 je heheh.
3 thun lepas skang baru 20..

Muda2 lg nikah elok lah dr wat perkara x elok kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 04:20 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-12-2021 04:25 PM

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

bless her.

cume musykil beberapa perkara :

Mak tu hdap asthma - common asthma ni masa pregnancy , if sesiapa yg ada astma you could notice  sebelum period, akan ada wheezing atau asthma simptom tu makin menjadi jadi bila dekat period.

tapi bila dikatakan bayi meninggal akibat sesak nafas, kenape ye asbab kematian tu - saya cuma boleh suspect ade problem pada peparu atau jantung si bayi syurga ni lah , sebab simptom makin critical over time. Tapi ade benda yg tak lengkap dalam artikel tu.
Mak ada asthma tu isolated event, asthma tak leh jangkit macam kuman tu ke baby, baby tu kena ape, ade masalah peparu atau jantung ke, doktor tak cakap baby tu blue baby ke ape ke, dalam artikel di atas dia tak habaq anything wrong dalam pemeriksaan antenatal rutin kan?  lung hypoplasia ke????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga..sedihnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644rakku
Views : 404 Replies : 0
akku
kuku78644rakku
Views : 1212 Replies : 0
akku
akku78875akku
Views : 2930 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 4243 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 5154 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.320621 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list