CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1416|Reply: 5

Serbu Penyewa Tak Bayar Sewa Dua Tahun, Rupa-Rupanya Rumah Dah Jadi Port Warga Asing

[Copy link]
Post time 14-12-2021 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Sudahlah sewa tak dibayar sampai dua tahun, rumah pula ditinggalkan dalam keadaan tunggang terbalik.


Berkongsi gambar dan video keadaan rumah keluarganya yang rosak teruk, seorang wanita meluahkan rasa terkilannya dengan sikap penyewa yang lepas tangan.


Foto: mStar Online






“Sedihnya, dua tahun penyewa tak bayar sewa tinggalkan macam tu je, call tak dapat, lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru dapat tengok rumah, tahu-tahu jadi macam ni,” tulisnya.


Bercakap kepada mStar, Siti Nur Adila Mohamed Johari, 30, berkata, rumah flat tersebut yang terletak di Taman Melawati, Setapak, merupakan rumah hasil peninggalan arwah bapanya yang dijemput Ilahi pada 2002.


Mesra dipanggil Adila, suri rumah yang juga perunding kecantikan ini berkata, kediaman tersebut pada mulanya disewakan kepada keluarga yang berasal dari Kelantan.




  



“Sebelum mak akak sakit tahun 2009, rumah itu disewakan, masa tu urusan berkaitan unit flat itu semua mak akak yang settle sendiri.


“Masa tu okay je orangnya bayar sewa rumah tapi lepas mak akak jatuh sakit sebab ada jangkitan kuman pada selaput otak, ia beri kesan pada ingatan dia, jadi akak terpaksa ambil alih uruskan memandangkan ingatan mak akak dah terjejas.


“Masa tu akak tak tahu la deal asal macam mana sebab akak cuma check urusan duit je dan semuanya okay lagi,” katanya yang tinggal di Ijok, Kuala Selangor.


Menurut Adilla, kali terakhir dia berhubung dengan penyewa terbabit adalah pada penghujung 2019.




Adilla (kanan) dan ibunya Zainab, Foto: mStar Online




“Akak tengah pantang anak ketiga, masa tu dia beritahu akan bayar lambat sikit sebab nak balik Kelantan ada urusan, tapi lepas akak habis pantang pun check akaun masih tak ada bayaran,” ceritanya, sambil menambah nombor telefon penyewa tersebut juga sudah tidak dapat dihubungi.


Disebabkan PKP, dia hanya berpeluang untuk melawat rumah keluarganya itu pada 5 November lalu, iaitu selepas dua tahun.


“Memang masa tu tekad nak serbu je, tengok-tengok rumah jadi teruk macam tu.


“Penyewa tu ada buka kedai makan di bawah, tapi bila akak check dengan penduduk di situ beritahu pekerja-pekerja kedai makan dia yang duduk rumah sewa tu, semuanya orang Thailand.


“Patut la jadi macam tu sebab duduk ramai-ramai, memang tak maklum pun, siap buat pengubahsuaian lagi, dia buat partition dekat ruang tamu jadi macam bilik,” ujar anak sulung dari empat beradik ini.


Mereka melakukan pengubahsuaian 'haram' dengan meletakkan papan untuk dijadikan sebuah lagi bilik di ruang tamu.


Menurut Adila, kedai makan penyewa terbabit telah ditutup dan kesemua pekerjanya berkemungkinan telah pulang semula ke negara asal.


Adila dan keluarganya kini berdepan situasi sukar apabila mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membaikpulih rumah tersebut.




Mereka melakukan pengubahsuaian 'haram' dengan meletakkan papan untuk dijadikan sebuah lagi bilik di ruang tamu. Foto: mStar




“Buat masa sekarang kami tak plan nak sewa lagi, nak kemas apa patut dulu, tapi pada masa depan InsyaAllah, cuma kami akan lebih berhati-hati, pastikan ada perjanjian sebab rasa trauma bila dapat penyewa macam ni.


“Dah tanya orang nak tolong kemas, kos upah je mungkin mencecah RM1,000 ke RM2,000 sebab banyak nak kena angkut, lagi satu rumah tingkat lima pula.


“Bila api air pun dah kena potong, bil air lebih RM600, bil elektrik kami tak periksa lagi,” katanya sambil menambah rumah tersebut sebelum ini disewa pada harga RM400.


Adila sempat menitipkan pesan kepada semua penyewa supaya lebih bertanggungjawab dan menjaga rumah yang disewa sama seperti rumah sendiri.




Foto: mStar Online




“Silap kami sebab tak periksa selalu rumah tu, satu lagi sebab terlalu percayakan orang sebab sebelum ini penyewa selalu update kalau lewat bayar.


“Mak akak pun kata tak apa la tak payah panjang cerita asalkan dapat rumah balik okay dah.


“Saya cuma nak berpesan dan harap ini dijadikan peringatan kepada sesiapa yang menyewa tu jaga la rumah yang kita sewa macam rumah sendiri, jangan buat naya tuan rumah, kesian, banyak kos nak baiki,” katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 10:04 AM | Show all posts
Kesian nya... tp kita ni penyewa lmbt byr sewa 2-3 hari pun da mengelupur... ni smpi 2 thn xbyr bole biarkan... alasan PKP... pdhal dr Ijok ke KL jek pun... xla Jauh sgt dan boleh jek pegi tgk dr awal... atleast pd hujung thn 2020 da x PKP da time tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 10:34 AM | Show all posts
Make sure ada buat agreement kalau sewakan rumah / bilik kat orang lain.
Ada terbaca yang tuan rumah tak boleh sebarang masuk rumah / halau penyewa walaupun penyewa berbulan-bulan tak bayar sewa. Kena ikut prosedur
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 10:37 AM | Show all posts
Sumbat macam sardin & gomen apa pun tak buat.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena selalu buat spotcheck mengejut lah ala2 asrama. Kalau tak mcm ni lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 03:22 PM | Show all posts
Thread lebih awal dah ada :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5010129


Tolong mergekan @CARI-MRO ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.637330 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list