CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 4

[Tempatan] Doktor lakukan 37,000 pembedahan rawat sumbing secara percuma

[Copy link]
Post time 15-12-2021 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Doktor lakukan 37,000 pembedahan rawat sumbing secara percuma

DR. Subodh Kumar Singh bersama seorang kanak-kanak yang menjalani pembedahan membetulkan sumbing bibir dan lelangit. - FACEBOOK


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 15 Disember 2021, 10:04 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




NEW DELHI: Seorang pakar bedah plastik di India dipuji dan digelar sebagai hero selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya melakukan lebih 37,000 pembedahan membetulkan sumbing bibir dan lelangit kanak-kanak secara percuma.
Dr. Subodh Kumar Singh dari Uttar Pradesh berkata, pelbagai cabaran yang diharunginya semasa kecil sehingga memberi inspirasi kepada dirinya untuk mendedikasi kerjayanya bagi membantu golongan memerlukan.
“Dengan menjadi doktor, saya boleh membantu ramai orang dan mahu memberikan kehidupan yang baik kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya kepada The Better India.
Pakar bedah plastik itu mula menganjurkan kem rawatan percuma selepas menyedari ramai bayi dan kanak-kanak mengalami sumbing bibir dan lelangit memerlukan bantuan pembedahan.
Usaha murni itu kemudian disedari oleh Smile Train, sebuah inisiatif global yang memfokuskan pembedahan sumbing, dan dengan sokongan mereka serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, Subodh tampil membantu lebih ramai orang.
“Bayi yang dilahirkan dalam keadaan demikian tidak boleh minum susu seperti bayi lain. Ramai yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan sering mengalami pertumbuhan terbantut.
“Kanak-kanak berasa sukar menggunakan lidah mereka untuk bercakap sehingga menyebabkan masalah pertuturan, ini juga mengakibatkan golongan itu tercicir dari sekolah atau dibuli,” katanya.
Sejak tahun 2004, Subodh telah melakukan lebih 37,000 pembedahan rawatan sumbing terhadap golongan kanak-kanak dan dewasa.
Subodh juga melatih puluhan doktor lain di seluruh India untuk merawat masalah kecacatan kelahiran tersebut.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt malaysia poj hmpir percuma. Org pon bkn hargai korg sbb dorg ingt mmg wajib buat bnda tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 03:04 PM | Show all posts
Inilah wira sejati yang perlu dicontohi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:13 PM | Show all posts
dr gugel...min kos bedah 7k...aiyok
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:18 PM | Show all posts
Usaha yang baik harus diberi penghargaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.338982 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list