CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 2

[Tempatan] Akta 342: ‘Ingatlah keadilan itu di tangan kanan, ihsan itu di tangan kiri’

[Copy link]
Post time 15-12-2021 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Akta 342: ‘Ingatlah keadilan itu di tangan kanan, ihsan itu di tangan kiri’

MOHAMAD HASAN


  • Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
  • 15 Disember 2021, 12:03 pm


SEREMBAN: Cadangan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021) wajar untuk diteliti semula.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, untuk menghukum seseorang individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka sehingga denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sesuatu yang sangat tidak munasabah.
Tambah beliau, apatah lagi apabila RUU tersebut tidak menyatakan garis panduan untuk mengeluarkan kompaun.
“Alasan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa ia sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati okjektif pindaan ini.
“Tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian dijelaskan dengan telus untuk pertimbangan ahli legislatif.
“Tindakan piecemeal (sedikit demi sedikit) seperti ini menunjukkan ketidaksediaan Kementerian Kesihatan dalam merangka pindaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas Mohamad lagi, apa juga tindakan menyegerakan RUU ini tidak boleh mengabaikan ketelusan dan keadilan.
“Negara ini mesti belajar daripada episod pandemik ini, salah satu sebab kenapa kita terus dalam keadaan sekarang ialah kerana kegagalan kita dalam melaksanakan keadilan dalam penguatkuasaan.
“Banyak sudah kes layanan dan tindakan ‘dua darjat’ antara orang biasa dengan mereka yang kenamaan dan berkuasa. Orang kampung, peniaga dan mereka yang biasa-biasa, dikenakan kompun dengan secara tidak munasabah tetapi orang yang ternama dikenakan denda yang sangat ringan,” katanya lagi.
Jelas beliau, Malaysia tidak boleh menjadi negara bersifat punitif (mengenakan hukuman) sebaliknya menjadi negara yang undang-undangnya mesti dilaksanakan dengan kemanusiaan.
“Ingatlah keadilan itu di tangan kanan, ihsan itu ditangan kiri,” katanya.- UTUSAN  ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ahahaha tokmat lately sokong ketidakadilan medical apartheid ...bagua tokmat walau lambat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 04:09 PM | Show all posts
bagus jgk lh tok mat nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.142392 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list