CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 2

[Tempatan] 'Harap tak ada yang bawa kambing atau lembu hari ini'

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
'Harap tak ada yang bawa kambing atau lembu hari ini'[size=0.8][size=0.9]BERNAMA




MUHAMAD Arafat membuat kejutan dengan membawa ayam ketika sesi perbahasan semalam. FOTO Bernama



Ipoh: Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid hari ini menegur tindakan Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-Hulu Kinta) yang membawa ayam segar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak keselamatan diminta melaksanakan pemeriksaan yang lebih rapi terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam dewan negeri termasuk beg dan bungkusan.

"Saya ingin menegaskan perkara yang berlaku ketika sesi perbahasan persidangan semalam sewajarnya tidak lagi berulang.
"Saya harap tidak ada pula hendak membawa kambing atau lembu hari ini ya," katanya berseloroh sebelum meneruskan persidangan yang memasuki hari keempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Semalam, Muhamad Arafat mengejutkan Dewan pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 kira-kira 12.23 tengah hari apabila bertindak mengeluarkan ayam segar dari bungkusan beg di tempat duduknya.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan kerana isu harga ayam yang membebankan rakyat ketika ini dilihat seolah-olah tiada tindakan serius daripada pihak berkuasa dan tidak melihat usaha dilakukan exco terbabit seperti mengadakan pertemuan bersama peruncit serta pengusaha bagi menangani masalah sebenar rakyat.
Tindakannya memegang ayam beberapa minit itu menimbulkan suasana lucu di dalam Dewan malah ada antara Ahli Dewan Undangan Negeri yang mencelah dengan mengatakan "ayam itu letaklah...balik buat rendang" selain Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Bebas-Titi Serong) yang mempersoalkan sama ada rakyat bersedia menghadapi harga mentah ayam terutama apabila musim perayaan.

Disiarkan pada: Disember 15, 2021 @ 10:21am




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2021 02:52 PM | Show all posts
kan aku dh bgtau rege ayam mahal...nih haaahh ambik masuk dlm parlimen lg nk bg paham poblemnye rege aym mahal oiiiiii...kesian rakyat marhain nihhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 12:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.113282 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list