CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5578|Reply: 70

'Akmal pergi selepas 5 tahun tanggung derita'

[Copy link]
Post time 24-8-2010 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by daniashahila at 24-8-2010 09:45

kepada yg pernah mengikuti perjalan hidup adik akmal haris 5 tahun lalu inilah akhirnya perderitaan adik akmal haris... alfatihah buat arwah n kepada ibunya yg begiti sabar n tabah menjaga anak istimewa ini.. akmal menantimu dipintu syurga nanti....

SEMENYIH: Selepas menderita menjalani pembedahan sebanyak 15 kali termasuk kaki kanan dipotong dan kedua-dua kornea mata terpaksa dibuang akibat kejadian tercampak dari buaian, kanak-kanak malang, Akmal Haris Shamsul Anuar, 5, akhirnya meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi semalam.

Kematian kanak-kanak yang terpaksa menempuh tragedi hitam seawal usia tiga bulan itu disedari ayahnya, Shamsul Anuar Saidin, 39, kira-kira jam 5 pagi ketika bangun bersahur bersama isteri, Rozalina Bukhari, 39, dan tiga anaknya.
Rozalina berkata, beliau yang terjaga seawal jam 4 pagi untuk menyediakan makanan bersahur sempat melihat keadaan anak bongsunya yang berada di sebelahnya, tetapi menyangka Akmal Haris berada dalam keadaan baik.
Ketika berada di dapur, suami yang ketika itu terjaga melihat keadaan Akmal menerpa sebelum memeluk saya mengatakan anak kesayangan kami sudah meninggal dunia.

Saya terkejut tidak percaya sebelum melihat sendiri nadi Akmal untuk mendapatkan kesahihan dan akhirnya akur penderitaan anak saya sudah berakhir, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Taman Desa Mewah, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Semenyih sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang kira-kira jam 12 tengah hari.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang bayi berusia tiga bulan cedera parah di kepala selepas tercampak dari buaian di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September 2005.
Akibat kejadian itu, mangsa terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa bulan dan berada dalam keadaan koma kerana saraf otak mengalami kerosakan teruk.

Rozalina berkata, walaupun terkilan kerana kehilangan anak tersayang ketika bulan Ramadan dan dua minggu lagi bakal menyambut Aidilfitri, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

Baju raya Akmal sudah dibeli sejak sebulan lalu dan kami sekeluarga berhasrat membawa Akmal pulang ke kampung di Taiping menyambut Aidilfitri, tetapi tidak kesampaian.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, saya cuba yang terbaik dengan menjaganya penuh kasih sayang sejak tragedi malang lima tahun lalu, kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 09:47 AM | Show all posts
this ada ngk rancangan transplant kat dh&h..donor jantung sorang budak mati sbb shaken bb syndrome kot..so parents dia amik initiatif buat website utk educate other parent about SBS..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:47 AM | Show all posts
Salam Takziah..berakhir sudah penderitaan baby tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:49 AM | Show all posts
aku mmg ikuti kisah adik ni dr mula dia kena musibah
akhirnya dia pergi jua, membawa segala sengsara
tabah betul ibu dia lalui ujian yg tuhan bagi, jaga dia & sayang dia.
,InsyaAllah ganjaran besar sedang menanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:49 AM | Show all posts
takziah buat keluarga...al-fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:50 AM | Show all posts
Takziah kpd keluarga...alhamdullillah kepulangannya di bulan Ramadhan yg mulia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2010 09:51 AM | Show all posts
Mcm mana boleh tercampak? Kecuaian ke kemalangan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:52 AM | Show all posts
sedihnya...
allah lebih menyanyangi dia.....
salam takziah pada keluarga arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 09:53 AM | Show all posts
takziah buat keluarga dan al-fatihah wat adik Akmal Haris.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:54 AM | Show all posts
Takut baca tentang kecuaian penjaga/pusat asuhan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:55 AM | Show all posts
Mcm mana boleh tercampak? Kecuaian ke kemalangan?
penyo. Post at 24-8-2010 09:51



    kecuaian bbsitter dia rsnyer dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:57 AM | Show all posts
Reply 1# daniashahila


    alfatihah....

:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:57 AM | Show all posts
sekurang2 nya penderitaan arwah dah berakhir....penderitaan anda semua pulak bila nak berakhir???
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:00 AM | Show all posts
Aku rasa Kerajaan patut wartakan pengharaman penggunaan buai ni.

Memang byk studies yang tunjuk potential hazard akibat penggunaan buai.

Boleh aja jaga baby tanpa buai, coz anak aku dan anak buah aku semua tak menggunakan buai. Yang penting kena train dari awal, jangan biasakan budak nak tido, mesti letak dalam buai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:07 AM | Show all posts
al-fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:07 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga....Al-fatihah buat arwah Akmal Haris....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 10:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by harimau76 at 24-8-2010 10:16

yup..betoi tu Doc.. kalau sejak lahir dah biasakan baby dgn buai, mmg la baby tu nak tdo dalam buai jer... aku tgk kalau kat kampung2 tu, lahir2 terus jer tdokan dlm buai..dah tu goncang cam nak runtuh bumbung...aku sendiri tak pernah ajar anak aku tdo dalam buai..tp babysitter cum jiran aku plak yg tdokan baby aku dlm buai..biasala..nak senangkan keje dia la kan..malas nak bertekak..tp kat umah, anak aku boley jer tdo kalau takde buai..senang nak travel..tak yah nak mengangkut buai segala..

Alfatihah kepada adik Akmal..tamat sudah penderitaan dia..kisah dia sebulan dua lepas kuar kat Tv 9 ker mana..menitis air mata hubby I tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:29 AM | Show all posts
anak sedare aku duk dlm buai.....tapi smpai setahun je la....pastu derang x nak....nak tdo dekat ngan kita.....masa pakai buai, xde la hayun kuat, pelan2 je.....pastu guna motor, set pd speed yg perlahan....

mase derang duk dlm buai, memang at least sorang org tua kena duk dekat ngan buai tu....tapi derang duk kat umah, dijaga oleh atuk nenek, xpe la.....

kalo kat nursery, harus la x terjaga sangat....

alhamdulillah, dua2 tu bila nak tdo, xde merengek carik buai masa travelling mana2.....cam tau2 plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:42 AM | Show all posts
Salam takziah...
Allah lebey menyayangi beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:48 AM | Show all posts
kat mana nak baca citer pasal arwah ni? kot ada blog ke.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.079152 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list