View: 2745|Reply: 22
|
[Jenayah]
Edisi Amanah yg Tak Amanah : Makap harga Waterjet
[Copy link]
|
|
Waterjet harga kayangan RM1,000 seunit
PEMUDA parti Amanah yang meminta sumbangan RM1,000 untuk membeli waterjet bagi kegunaan membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir mengundang pandangan yang skeptikal.
Ada dalam kalangan netizen mempersoalkan mengapakah harga waterjet mencecah RM1,000 sedangkan di kedai-kedai, dakwa mereka, harganya tidaklah sampai mencecah angka tersebut.
“Waterjet jenis apa yang dia nak beli ni? Saya pun ada waterjet yang berjenama dan berkualiti di rumah dan harganya hanya RM300-RM400 sahaja. Sudah banyak kali saya guna dan sampai sekarang boleh dipakai,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil. Katanya lagi, “kepada Pemuda Amanah, nak minta sumbangan, boleh. Jika niat itu baik, perlu juga urus supaya tiada ketirisan atau pesepsi ketirisan dalam sumbangan ini.” Beliau berkata, meskipun niat membantu mangsa banjir adalah langkah terpuji namun ia perlulah dilakukan dengan ikhlas tanpa mempunyai agenda mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain demi kepentingan peribadi. Terdahulu Pemuda Amanah menerusi poster memaklumkan, hasrat mereka mensasarkan pembelian 65 unit waterjet berharga RM1,000 setiap satu. – SMTerdahulu Pemuda Amanah menerusi poster memaklumkan, hasrat mereka mensasarkan pembelian 65 unit waterjet berharga RM1,000 setiap satu. – SM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemuda Amanah pertahan water jet RM1,000
NORAFIZA JAAFAR | | 23 Disember 2021
Pembelian water jet RM1,000 seunit dipersoalkan oleh segelintir pihak di media sosial. (Gambar kecil: Mohd Hasbie)
A
A
KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempertahankan usaha mereka mengumpul dana untuk membeli penyembur air atau 'water jet' bernilai RM1,000 seunit.
Ketuanya, Mohd Hasbie Muda berkata, pihaknya terbuka menerima kritikan segelintir pihak yang beranggapan nilai seunit water jet itu dianggap mahal sedangkan peralatan itu boleh didapati dengan harga serendah RM200.
Menurut beliau, pihaknya mengarahkan Jawatankuasa Khas Bantuan Banjir untuk membeli peralatan berkualiti dan tahan lasak bersesuaian dengan kuantiti rumah yang perlu dibersihkan.
"Bagus ramai bincang pasal water jet yang Pemuda Amanah hendak beli. Sekurang-kurangnya ramai mulai sedar dan faham beza antara water jet harga RM200 dengan RM1,000 ke atas.
"Bagi yang biasa dengan dengan kerja-kerja pembersihan pasca banjir, mereka mudah faham. Kalau guna water jet RM200 baru guna sekejap sudah panas, selepas sejam perlu sejukkan dulu. Kita bukan cuci hanya satu rumah sahaja, kita gunakan peralatan itu secara berterusan dari pagi hingga malam," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Isu kutipan sumbangan bagi pembelian water jet bernilai RM1,000 yang dikongsikan Facebook Pemuda Amanah Nasional pada Rabu mula ditularkan di media sosial.
Ia susulan harga tersebut dikatakan mahal dan kutipan tersebut meragukan.
Mohd Hasbie berkata, bagi mereka yang ragu-ragu dengan usaha tersebut dialu-alukan menyumbang terus peralatan untuk kegunaan pembersihan pasca banjir.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kat fb mana ntah dah ada update resit pembelian, dorg beli yg heavy duty petrol punya harga rm750 seunit
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku ok je kot.. Memang ada yg lagi murah, tapi utk heavy duty ni consider ok la.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap dimanafaatkan lah ..duit selebih tu boleh buat beli petrol utk isi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau water bawah 300 ni. Pakai sejam dah panas. Silap haribulan ada yang meletop.diorg mungkin nak beli yang jenis pakai petrol. Lagipun ada tempat bekalan elektrik masih terputus . |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kegunaan jugak. Kalo water jet stock bersihkan rumah, cukup je yg rege 200-300. Kalo utk bersihkan jln raya, pump kawasan yg masih bertakung so kene la yg heavy duty. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi bodoh..kau nak pakai water jet rm 200 kau ingat nk cuci kereta alphard menteri ke? Kau ingat tempat banjir tu ada letrik? Kena pakai yg pakai petrol lah |
|
|
|
|
|
|
|
yg kritik pun dari parti bapak segala markup |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kat medsos bleh tahan rancak ramai membahan isu waterjet RM1000 nih,hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk mark up tiru cara umno..satu waterjet rm10k |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru betul.. Baru pakai dah terbakar konsepnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Heavy-duty buh petrol mmg Tu le lebih kurang harga dia..kalau Beli murah elektrik takdak tak guna nak water jet..nak cuci banjir bukan air biasa biasa..ngan selut lagi .. |
|
|
|
|
|
|
|
yer...baru org tak pertikaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli waterjet yg petrol/diesel power lah.. Beli hat murah pakai letrik celah mana nak cucuk kalau letrik pun takdak? Celah jubo ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya Isham Jalil UMNGOK bangang... 200 tu harga low kualiti punya barang la. Nak basuh rumah banjir kena pakai yang heavy duty punya kualiti. Bebal punya UMNGOK... |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 la nak suruh beli rega 200, takat nak basuh bekas ko tercirit boleh la macai dan walaun hoii. kotoran yg tak degil + guna kejap. letrik lagi tatau nak sambung katne? pemuda amanah pon dah tunjuk total dana terkumpul + resit pembelian. last2 viral dan mungkin dapat lagi cepat dan banyak sumbangan thanks to pitenah |
|
|
|
|
|
|
|
Benda murah ada kenapa nak beli yang mahal?
*Logik ni selalu dipakai oleh pembangkang kalau melibatkan projek mega kerajaan BN dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Diaorg nak beli pump yg pakai injin kan? Bukan yg pakai letrik tu... Mana nak cari karen kat kawasan banjir... Letrik dah kena cut |
|
|
|
|
|
|
| |
|