CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3512|Reply: 52

[Tempatan] Tiada pengeluaran i-Citra kali kedua

[Copy link]
Post time 26-12-2021 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Tiada hasrat benarkan pengeluaran i-Citra kali kedua
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Hulu Langat: Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kali kedua.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai kemudahan kewangan sudah diperuntukkan selain bantuan mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

"Tujuan mewujudkan KWSP ini adalah untuk simpanan pada hari tua, dari segi akta KWSP memang tidak boleh dikeluarkan awal kecuali beberapa kali kita kecualikan.

"Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) menawarkan pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun," katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini.

Beliau kemudian meninjau pembersihan Surau Al-Munir yang difahamkan menjadi 'penyelamat' penduduk yang menaiki bumbung surau itu dalam kejadian banjir, Sabtu lalu.

Perdana Menteri seterusnya ke beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan oleh sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan serta pasukan keselamatan.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

"Bagi yang mahu beli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional akan beri pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan.

"Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-Allah ia boleh membantu mangsa banjir," katanya.

- tamat

Disiarkan pada: Disember 26, 2021 @ 1:43pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2021 04:24 PM | Show all posts
apa pula komen kak jib?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:02 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pelbagai kemudahan kewangan kata dia tp memcm karenah seblm nk dpt dan silap hb ada yg x dpt, apa kata yg nk renovate rumah piyem tu dibatalkan jd duit tu blh disalurkan pd rakyat aje
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 04:30 PM | Show all posts
Dpd dorang berhutang sana sini. Bagi jelah 10k, duit sendiri pun kena kontrol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kalau org betul2 tak de duit, ko nk suruh mintak sedekah ke aper mail?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduduh semil.. Tak lma pemerintahan ko ni..bagus lagi si abah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 26-12-2021 08:37 PM

Mail oiiii
Memang benar lah di katakan KO ni lembab sama macam YIDDN
Orang tengah struggle bukan saja yang terkesan banjir dan Covid tapi yang tak terkesan pun ada yang perlu membantu ahli keluarga serta kawan2 yang terkesan dengan musibah ni
MAIL dan kabinet dapur KO memang saja cari pasal kannnn
Memandangkan kes Covid tak teruk dan berjaya di bendung semasa PRN Melaka & Sarawak di tambahkan pula angka hari ni cuma 2K saja so percepat adakan PRU 15 supaya kuasa mutlak memilih di pulangkan semula kepada rakyat
Sekarang ni bukannya masa yang sesuai untuk memilih parti mana yang perlu di berikan mandat untuk memerintah tapi pemilihan ialah berdasarkan keupayaan serta rekod seseorang calon itu berkhidmat untuk rakyat coz kalau ikutkan parti boleh di katakan banyak yang rosak bila dah di berikan mandat untuk memerintah
Sekarang adalah masanya untuk memilih calon yang 'BERKHIDMAT' bukannya yang 'BERHORMAT'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik_jantung replied at 26-12-2021 04:26 PM
Orang tgh susah.. bagi jer la.. pinjam tanpa faedah tetap pinjaman. Kena bayar balik kan.. mana nk c ...

Ya betul tu
Kos kerugian ada yang dari berbelas ribu sehingga puluhan ribu
Sampaikan ada ahli keluarga dan kawan-kawan sanggup menghulurkan bantuan bukan saja tenaga tapi wang ringgit sehinggakan ada yang buat collections di kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan
GOMEN gebang bagi bantuan itu dan ini tapi karenah birokrasi macam hanat
Bagi bantuan kemudahan pinjaman pula, bukannya semua berkeupayaan untuk memohon coz tak ada pekerjaan serta ada yang tak punyai pendapatan tetap so dengan cara apa depa nak bayar instalment serta nak cekau kat mana supporting documents seperti payslip etc untuk memohon pinjaman
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:29 PM | Show all posts
Aku yg xde epf pun sokg kuarkan 10k tu..kesian wei tgk org sekeliling..kazen aku laki bini ptd..umah kne banjir pun terddk nak start balik beli perabot bagai..dgn 2 kereta nak baiki…
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat fb ramai bising dah..tp tulah ..katanya tiap2 hari buka fb..tp tak juga nak dengar kata2 rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tengah susah lagi ko suruh berhutang. Lancau.
Orag nsk bawak keluar duit simpanan nak guna waktu kecemasan macam ni ko suruh berhutang. Lancau.
Simpanan hari tua berkurang myasssss. Kan ke tiap bulan dipotong jugak. Bertambah neranak coverbalik lah duit tu. Lancauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:32 PM | Show all posts
duit mora sebelum ni pun dah habis wat tolong mangsa banjir ... gila la gov ni kalo benda ni takleh nak hadam .. gila mmg gila ,...rakyat semua dlm keadaan menderita..azab..musibah turun..

jangankan nak beli uniform sekolah..umah pun hanyut tenggelam air

gila yg hamat la mail totey ..gila gila gila
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nagus lagi si yidin dalam hal hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai mangsa banjir 2x tahun ni, 2x total lost tenggelam habis rumah dengan yang kali ni bumbung terangkat terkopak, kayu frame atap patah, almari sampai naik atas belebas rumah, instead of pinjaman yg kena bayar tu meols lg sanggup nak keluar lg balance2 kwsp yg ada tu... tak sanggup nk menambah hutang
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
X lama la kau nampak gayanya
Makan sumpah org jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul. Kau nak suruh org buat pinjaman mcmlah semua layak..buatnya yg under akpk tu tengok je la..sibuk org punya simpanan hari tua..yg sekarang ni pun tak mampu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 09:00 PM | Show all posts
ade tu adeeeee...

dlm mimpi jerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
harapan musnah sobsobsob…. mereka survive rakyat tanggung hutanggg terbaekk punya kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mangsa banjir yang total lost rumah dan kenderaan, ada yg barang rumah semua takleh pakai terbalik dalam banjir, semua nak pakai duit..Bantuan dari sesama rakyat perihatin paling lama katalah seminggu, tu pun bukan semua rumah NGO mampu masuk dan cuci..nak memulakan kehidupan memang perit

Kalau pinjaman 10k, jenuh membayar nanti.Bagi aku 10k dr EPF apa salahnya untuk mereka yang betul2 terjejaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.093274 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list