CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10081|Reply: 65

Taksub sains punca sejarah dipinggir - Khoo Kay Kim

[Copy link]
Post time 25-8-2010 01:01 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara yang terlalu menumpukan kepada pembelajaran sains dan teknologi serta meminggirkan kepentingan sejarah dan hal-ehwal kemanusiaan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai ilmu kenegaraan termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum.

  Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.


      Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

  Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

  Beliau memberi syarahan sebagai ahli panel Forum Jati Diri bertajuk Perbezaan Gagasan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia anjuran Berita Harian, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Sarjana Komunikasi Media Malaysia di Universiti Malaya di sini, semalam.

  Selain Khoo, turut menjadi ahli panel ialah penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Zainal Kling. Ketua II GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar bertindak sebagai moderator.
  Turut hadir Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan timbalannya, Mahfar Ali.

  Sementara itu, Zainal berkata, kesaksamaan hak dalam Malaysian Malaysia sebenarnya menindas golongan miskin yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera di luar bandar dan slogan itu dilaungkan tanpa sedikit pun menyentuh kepentingan membangunkan mereka.

p/s: tak de salahnya nak belaja sains & tech...taksub sgt ker?? itukah sesuatu ilmu? yg menyebabkn mslh perpaduan sbb parti politik berasaskn kaum, sekolah vernakular & sentimen politik yg berbaur perkauman

belaja sains & tech tiada mslh - kerna ia adalah ilmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 01:10 PM | Show all posts
SO, APA MORALE OF DE STORY NIE?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:14 PM | Show all posts
aku antarayg taksub sains...
skarang baru berjinak2 dgn sosial sciences..
sejarah tu aku masih blom bleh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 01:17 PM | Show all posts
SO, APA MORALE OF DE STORY NIE?
nokia169 Post at 25-8-2010 13:10


motipnya...
khoo kay kim salahkn sains & tech
sbg penyebab kpd masalah perpecahan kaum

i kinda disagree..

klu ilmu sains & tech tidak dipelajari
ngr takkan maju ke depan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:22 PM | Show all posts
jalan pandang ke depan. bukan ke belakang . .
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:27 PM | Show all posts
hari ini bermula dari semalam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 01:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 25-8-2010 13:33

Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Totok...semalam ko tanya didalam perlembagaan negara disebut keistemewaan melayu atau disebut bumiputra?..nah terjawap tak persoalan ko tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:30 PM | Show all posts
actually kene seimbang..
kat malaysia payah la.. sebab kat sekolah mana ada integration antara bidang/subjek..
kalau ko sains.... ko sains la sampai mampus....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 01:32 PM | Show all posts
motipnya...
khoo kay kim salahkn sains & tech
sbg penyebab kpd masalah perpecahan kaum

i ki ...
dauswq Post at 25-8-2010 13:17


Ye ke?...tapi pemahaman AN lain plak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:35 PM | Show all posts
dengan sains dan teknologi barulah sejarah itu dpt di buktikan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:40 PM | Show all posts
mmg perkara 153 tu special right 4 melayu & bumiputera kt malaysia..
bumiputera 2 termasuk bumiputera sabah sarawak & org asli..
xada siapa pn bleh pertikai hak2 keistimewaan org melayu & bumiputera 2..
tp aku heran knape polis xtangkap org yg m'bangkitkan isu perkauman?
sbb setau aku,klu xsilap la..sape yg m'bangkitkan isu perkauman bleh ditahan under isa(klu xsilap)
sbb bleh m'gugat keselamatan negara 2..
dlm undang2 pn kita xbleh m'bangkitan isu perkauman..
(under right 2 speak & 2 expresss opinion)
tp aku pn xsure sgt..
ingat2 lupa gak..
kena tnye pd yg pakar ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 01:42 PM | Show all posts
Reply 9# Anak_Nogori

AN rase camne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 01:43 PM | Show all posts
Reply 11# zeti07

maknenye undang2 tu dh longgar
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:45 PM | Show all posts
takde sains....susah nak kekal sejarah...
dalam sejarah pun ada sains juga...contoh bmw, merz rupa keta zaman dulu mcm tayar keta kuda
Sejarah tak semestinya tumpu pada malaysia...ia tertumpu pada keseluruhan...sejarah hanya terletak pada subjektif...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:53 PM | Show all posts
maksud dia..klo semua bangsa belajar sejarah dengan lebih mendalam...takkan ada orang2 cam bangsa cina nak mengclaim itu ini ..n nak hak itu ini tu kot maksud dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:54 PM | Show all posts
Reply 13# dauswq


wallahualam..
kita pn xarif dlm bidang ni..
sbb dlu penah belajar psl pelembagaan m'sia..
tp dh lupa la..
byk bace metrosex kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 02:02 PM | Show all posts
motipnya...
khoo kay kim salahkn sains & tech
sbg penyebab kpd masalah perpecahan kaum

i ki ...
dauswq Post at 25-8-2010 13:17


bila masa pulak dia salahkan sains & tek..???

apa yang Prof KKK cakap ialah sistem pendidikan negara telah keluar dari landasan yang disediakan iaiatu Penyata Razak 1956 yang menekan kpd perpaduan. Jadi pembuat dasar nak tau kena la tau isi kandungan Penyata Razak tersebut. Itu sejarah la tu...

kesilapan sistem pendidikan sekarang ni kerana pembuat dasari tak baca sejarah.. dan mungkin tak tau sejarah...kenapa??? kerana pembuat polisi ni adalah generasi hasil dari polisi pelajaran yang lebih tertumpu kpd pengajian sains dan teknologi sehingga mengabaikan mata pelajaran seperti sejarah... sehingga mereka mungkin tidak tahu wujudnya Penyata Razak yang telah melakar dasar pendidikan negara yang bermotifkan / berteraskan perpaduan.

Kerana kejahilan tentang Penyata  inilah... sekolah satu sistem gagal diwujudkan. Malah sekolah2 vernakular terus wujud dan berkembang segar bugar bagai bunga disiram embun pagi. Kesannya.... kita saksikan sendiri... selepas 53 tahun merdeka... masih ber lu gua... lu gua. Perpadauan kaum masih satu utopia
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:02 PM | Show all posts
subjek tamaddun islam tahun 1 kt university tu kena expend laa sampai tahun 4... sejarah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:10 PM | Show all posts
prof ni ckp psl 'taksub' ....


aku setuju ramai yg buta sejarah .....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:11 PM | Show all posts
takde sains....susah nak kekal sejarah...
dalam sejarah pun ada sains juga...contoh bmw, merz rup ...
mrsakit Post at 25-8-2010 13:45



    Ada juga sejarah yg dh diubah faktanya....biasanya untuk kepentingan sesuatu pihak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.135838 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list