CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 4

[DUNIA] Kerabat 'mengecil', empayar Jepun berisiko lenyap

[Copy link]
Post time 30-12-2021 03:14 PM | Show all posts |Read mode

Maharaja Naruhito. - Foto AFP

TOKYO: Keluarga empayar Jepun berisiko lenyap berikutan kekurangan ahli keluarga yang layak untuk ditabalkan sebagai maharaja.

Beberapa pakar menyatakan kerajaan sedang mengusahakan langkah bagi meningkatkan bilangan kerabat diraja tetapi kebanyakan mereka gagal dihubungi.

Larangan wanita menaiki takhta akan menyaksikan tempat Maharaja Naruhito, 61, suatu hari nanti akan diisi oleh anak saudaranya Putera Hisahito dan bukannya anak tunggalnya Puteri Aiko.

Jika Hisahito yang berusia 15 tahun tidak mempunyai anak lelaki, keluarga diraja yang sejarahnya sejak lebih 2,600 tahun, akan ketiadaan waris lelaki untuk meneruskan keturunan.

Tinjauan menunjukkan orang ramai secara meluas menyokong idea seorang wanita mengambil peranan sebagai maharaja yang tidak memegang kuasa politik di bawah perlembagaan Jepun selepas Perang Dunia II.

Bagaimanapun tekanan untuk berpegang kepada tradisi lama berbanding akur kepada penggubal undang-undang dan pengundi konservatif, usaha wanita untuk menaiki takhta tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Kerajaan sedang memikirkan kemungkinan penyelesaian kepada dilema itu dan minggu lalu panel yang ditauliahkan khas mengemukakan dua cadangan kepada kerajaan.

Antaranya membenarkan wanita diraja mengekalkan gelaran dan tugas awam apabila mereka berkahwin dengan pasangan bukan keluarga diraja

Ketika ini mereka yang berkahwin bukan dengan kerabat diraja perlu meninggalkan keluarga seperti dilakukan oleh bekas Puteri Mako Komuro pada Oktober lalu selepas berkahwin dengan rakan universitinya.

Keduanya ialah peraturan membenarkan lelaki daripada 11 bekas keluarga diraja yang dimansuhkan dalam pembaharuan pasca perang untuk menyertai semula keluarga diraja.

Laporan panel itu turut mengesyorkan peraturan keturunan lelaki dipelihara sekurang-kurangnya sehingga Putera Hisahito menjadi maharaja.

Namun, idea itu sama sekali tidak berdasarkan sistem keluarga semasa di Jepun atau idea mengenai kesaksamaan jantina, kata profesor sejarah di Universiti Chuo di Tokyo, Makoto Okawa.

"Saya rasa orang ramai tertanya-tanya apa yang salah dengan Puteri Aiko menggantikan takhta," kata Okawa. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 09:13 AM | Show all posts
london elok je ratu Elizebet jd maharaja,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 09:02 AM | Show all posts
kesian kerabat wanita diraja Jepun

asal kahwin hilang gelaran
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:09 PM | Show all posts
Diorang ni acah2 nk kekalkan tradisi tpi tradisi ni la yg boleh buat diorang hilang tahta. Geram je tengok royal house satu ni, kesian dgn princess kt sana. Potential tapi kena buang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:34 AM | Show all posts
Kalau ikutkan Maharaja Jepun ni nama je gah sebab Jepun pernah jadi kuasa Imperial...kalau nak bandingkan besar lagi kuasa Sultan Melayu dari Maharaja Jepun...marahaja Jepun tak boleh simply jumpa random rakyat marhaen dan beri titah...tak laku...kalau Sultan Melayu ni dia ada daulat dan sampai bila2 pun org melayu ada rasa obligasi utk taat titah Sultan.

Ironinya, ramai pulak pemerhati luar suka kaitkan sistem raja jepun ni dgn sistem raja zaman terdahulu. Rasanya sistem raja jepun yg baru ni hanya dijadikan perlembagaan semasa Era Meiji sahaja. Kalau nak kira baru 160 tahun je lebih kurang...keturunan yg naik takhta yg ada harini pun bukan yg berhak...sebab ada satu zaman ketika Era Muromachi, sistem penggiliran takhta antara dua susur galur telah diabaikan dan hanya mangambil dari satu susur galur sahaja.

Sebab tu masa tamat perang dunia ke-2 dulu ada beberapa pihak yg cuba claim dorg adalah waris yg sah Maharaja Jepun...tapi nak wat camne, sistem dah direset dan dibuat baru..so yg claim tu hanyalah ibarat Sultan Melaka di Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071478 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list