CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 1

Ustaz Jin

[Copy link]
Post time 2-1-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Ustaz Jin

December 29, 2021 by Editorial Department

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Harini aku nak cerita pengalaman yang berlaku pada family sendiri. Maaf kalau ayat bertarabur, harap faham dan enjoy cerita ni ya.

Cerita ni adalah pengalaman aku pergi teman berubat kakak aku. Korang pernah dengar tak pasal ‘Ustaz Jin’? Kalau tak pernah boleh google. Pada tahun 2015, ustaz tu pernah datang ke Kelantan dan melakukan perubatan islam secara terbuka selama dua minggu dan hanya pada waktu malam hari. Kakak aku, Kak Fi (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang pesakit ustaz ni. Kalau nak cerita pasal Kak Fi ni banyak juga. Tapi aku cuba ringkaskan. Kak Fi ni dia ada kebolehan untuk melihat benda ghaib sejak kecil lagi. Masa zaman dia belajar pun dia selalu kena ganggu dengan benda-benda mistik dan dah banyak histeria.

Mak aku bawa jumpa ustaz ni sebab Kak Fi banyak kali dirasuk. Dia tak boleh kalau ramai orang atau penat sangat. Benda tu mudah ikut dan masuk ke dalam badan dia. Kalau lepas majlis besar yang melibatkan ramai orang, mesti dia akan histeria.

Sambung balik pasal berubat. Setiap malam lepas je kelas tambahan malam, mak aku akan bawa aku kesana untuk teman. Tempat berubat tu terletak di dataran yang berdekatan dengan hutan dan jalan raya besar. Agak menyeramkan tapi masih boleh dipertimbangkan sebab ramai pengunjung.

Perubatan tersebut bagi aku kurang memuaskan sebab terlalu terbuka. Dikelilingi deretan kerusi untuk pengunjung dan ditengah-tengah dibentangkan tikar untuk pesakit dan ustaz. Jadi semua boleh lihat dan dengar sepanjang proses perubatan tersebut. Mujurlah takde yang terlalu agresif.

Setiap kali aku ikut teman, aku tak akan duduk dalam kereta tidur sebab aku ni penakut. Aku lebih rela duduk bawah khemah join tengok sekali. Kebanyakkan pesakit yang datang berubat tu disebabkan oleh sihir dan saka. Aku tak nak cerita sangat part Kak Fi sebab terlalu panjang. Takut korang bosan pulak. Secara ringkasnya benda yang berdamping dengan Kak Fi ialah saka nenek moyang yang jaga kawasan tanah rumah aku.

Tak silap aku ada dalam tiga ekor yang menyerupai singa, ular dan harimau. Masing-masing ada nama tau tapi aku taknak lah sebut. Seram pulak nak sebut, kang lain jadinya. Yang paling agresif ular dan harimau. Tapi alhamdulillah si Singa dan si Harimau ni dah dapat hidayah, dah masuk islam dah dan dah tak kacau Kak Fi aku dah, mungkin duk kat masjid dah. Yang si Ular ni susah sikit, degil amat. Sebab tulah proses perubatan memakan masa yang lama dan bercampur pulak dengan kawasan perubatan tu memang sedia maklum kawasan keras. Kebanyakkan orang kawasan tu dah lali dengan khabar tentang kemalangan.

Kalau dah tempat keras mestilah ada penghuninya. Setelah seminggu ustaz tu bertapak di situ, ‘penghuni’ kawasan tu rasa terganggu. Mereka dah mula menonjolkan diri sebab marah dengan ustaz, kacau kawasan diaorang. Mereka ambil kesempatan untuk masuk ke badan manusia yang tubuh lemah. Kak Fi pun terkena sekali.

‘Penghuni’ menyerang ustaz lebih kurang pada pukul 1 pagi. Waktu ni orang dah tak ramai sangat. Tinggal dalam 4 keluarga je. Masa ustaz sedang berubat seorang pesakit (dalam keadaan tak sedar), benda yang rasuk pesakit tu adalah ‘Cik Ponti’ dari kawasan tersebut. Cik Ponti tu mengamuk sebab dah kacau kawasan dia. Dia datang bukan sorang tau. Sekali dia bawa geng nak serang ustaz tu. Yang merasuk tu baru anak buah dia. Ketua dia mesti duk perati je tunggu nak serang. Lepas 5 minit macam tu Kak Fi pulak yang meracau. Ustaz panggil duduk sekali. Selang 2 minit, pesakit tadi datang nak serang ustaz balik. Nasib orang sekeliling sempat pegang.

Ada sorang pesakit ni dia duduk betul-betul belakang aku (Si A) dan sorang lagi berdiri sambil pegang tiang khemah (Si B). Si B ni duk menangis je kerja dia. Sedang aku ralit memerhati adegan depan mata, Si A ni bangun dan menempuh kerusi yang ada ditepi dia dan menyerang ustaz. Berderau d***h aku waktu tu, tegak habis bulu roma. Terkejut weh. Tapi alhamdulillah Allah lindung ustaz tu. Yang Si B ni still lagi menangis. Lepas dah selesai halau geng-geng penghuni tu barulah ustaz tu panggil Si B ni. Kesian pulak aku tengok. Hahaha.

Dalam pukul 2 pagi baru selesai. Waktu ni family aku dah nak bertolak balik rumah. Korang bayangkan dalam sebuah kereta saga lama, seat belakang kami duduk lima orang. Memang terhimpitlah. Kak Fi ni duduk tengah-tengah. Kakak aku yang dua orang lagi duduk kiri kanan dia. Aku tak berani duduk sebelah dia sebab takut. Jadi aku duduklah sebelah tingkap. Kakak aku yang duduk sebelah aku ni rasa macam tak sedap hati, jadi dia bacalah ayat Kursi sebagai pendinding. Guess what happen? Kak Fi mendengus kuat dan menjeling tajam ke arah kakak aku.

Waktu tu kami masih dekat kawasan dataran tu. Abah aku cepat-cepat undur kereta. Dalam fikiran aku nak buka pintu dan turun cepat-cepat tapi apakah daya terhimpit. Haha. Kak Fi dah start menangis. Kakak aku buka pintu yang sebelah lagi. Abah aku cepat-cepat bawa Kak Fi ke ustaz untuk halau Cik Ponti tu. Syukur semua selesai. Nasib baik tak bawa balik sekali. Cukuplah dia join kitaorang makan je tadi. Dekat pukul 3 baru sampai rumah. Semua dah penat. Aku pergi sekolah pun mengantuk, banyak kali kena tegur dengan cikgu.

Lepas kejadian tu, aku dah tak teman mak aku dah. Kakak aku yang lain pulak pergi teman. Aku nak kena fokus pelajaran pulak. Aku balik dengar cerita dari kakak-kakak aku jelah. Banyak sebenarnya cerita-cerita sepanjang perubatan tu yang boleh dijadikan ikhtibar. Banyak lagi kisah seram yang tak sempat aku nak share.

Pengajaran untuk cerita ni, kita sebagai manusia janganlah sesekali menjadikan makhluk ghaib ni sebagai teman atau tempat meminta pertolongan. Kita ada Allah yang Maha Berkuasa dan tiada satu makhluk pun mampu menandingi KuasaNya. Mintalah pertolongan Allah dalam segala hal dan ikhtiar untuk berubat. Tapi take noted, jangan pulak pergi cari tok bomoh untuk minta tolong ya. Sebab diaorang guna bantuan jin jugak. huhu.

Terima kasih sudi baca (>.<)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2022 02:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.319580 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list