CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 1

Rumah Teres Sewa

[Copy link]
Post time 2-1-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Rumah Teres Sewa

December 17, 2021 by Editorial Department

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Saya sekadar perkenalkan diri sebagai Imy. Ini adalah kisah pertama yang akan saya kongsikan kepada pembaca dan peminat Fikyen Shasha.

Peristiwa ini berlaku lima tahun lepas, ketika keluarga sebelah ibu dan saya membuat rombongan ke Johor kerana pak cik saya berkahwin.

Perjalanan di Johor memakan masa yang lama, kami bergerak dari Kuala Lumpur pada pukul 7.00 pagi dan tiba di sana pada pukul 2 petang. Di sana kami akan menginap di sebuah rumah teres sewa yang hanya 10 minit sahaja dari kediaman pengantin perempuan. Rumah itu pak cik saya yang sewa untuk 3 hari sahaja. Rumah itu pada pandangan mata, biasa,luas mempunyai 3 bilik yang selesa, ruang dapur yang besar.

Saya rasa tiada apa yeng menarik di rumah itu. Aki (panggilan atuk saya) memang akan membaca doa perlindungan sebelum masuk rumah itu manakala saya hanya memberi salamdan terus masuk.

Ketika inilah saya rasa ada yang tidak kena pada bahagian tertentu rumah tersebut. Buktinya, ketika saya hendak ke bilik besar, saya perlu lalu di hadapan dapur dan saya lihat di dapur ada satu lembaga hitam. Saya terus batalkan niat dan kembali ke ruang tamu.

Aki yang melihat saya begitu hanya mendiamkan diri. Saya yakin Aki tahu apa yang saya nampak. Kesannya, saya takut mahu menghantar barang ke dalam bilik tersebut. Namun apakan daya terpaksa juga. Saya tahu lembaga hitam itu berada di dapur dan sepanjang saya tinggal di rumah itu memang terasa aura negatif.

Bilik ketiga di rumah itu pada saya ada sesuatu cuma tidak kelihatan sahaja sebab mak cik saya kata seram sejuk.

Malam itu tidak seindah yang di sangka, mungkin terlalu penat maka semua masuk tidur. Tinggallah nenek,Aki, saya dan adik saya di ruang tamu. Kami juga terlelap. Saya bangun sekitar pukul 2 pagi kerana dikejutkan oleh makcik. “Kakak bawak adik tidur dalam bilik.” Saya kejutkan adik dan kami berjalan masuk ke bilik dalam keadaan yang lesu dan mengantuk. Memandangkan katil sudah penuh, saya ambil keputusan tidur di lantai. Sejuk.

Satu jam selepas saya tidur, seperti suara lembut memanggil nama penuh saya. Mulanya, saya tidak hiraukan namun nama saya diulang sebanyak 3 kali. Saya bangun dan lihat jam sudah masuk tiga pagi. Saya balas “Ya ummi…kenapa?” Memang ibu saya tidur sekali di dalam bilik itu. Pelik! Tiada balasan dari ibu saya. Saya lelapkan mata kembali. Suara itu kembali kali ini memangil nama panggilan saya. “Ya ummi..” ketika saya menyahut saya sedar sudah pukul 3.30 (mesti pelik kenapa dapat ingat masa kan? Sebab saya pasti akan tengok jam kalau dah bangun).

Apabila saya menoleh belakang, ummi hanya tidur. Jadi siapa yang panggil? Ha…ketika inilah saya mula fikir logik. Saya lelapkan mata dan suara itu kembali. Apabila saya menoleh ke arah katil yang berada di hadapan tingkap saya lihat bayang-bayang seperti susuk pontianak. Terus saya toleh semula ke hadapan sambil mengiring saya pejam mata baca semua surah.Memang menyeramkan.

Pagi itu saya memang pelik. Tak akan aku sorang jer nampak? Soalan itu berlegar di dalam fikiran saya. Bahagian dapur ada lembaga hitam. Bahagian bilik utama ada benda lain. Sebelum pulang, kami dapat tahu sudah berbulan-bulan rumah itu tiada penyewa. Ya, mungkin itu faktor utama. Tapi tak kan jiran sekeliling tidak diganggu? Saya nampak lembaga hitam itu berada di dapur sehingga hari terakhir kami di Johor.

Sebenarnya, banyak pengalaman di Johor yang saya lalui. Terima kasih kerana membaca kisah ini sehingga akhir.
Sebelum tu, sebenarnya pagi tu mak cik saya tanya, “Macam mana kau boleh masuk bilik tidur?” Saya jawablah dia yang kejut. Apa yang mengejutkan dia kata, “kau kenapa? Tak ada masa aku nak kejut..” Saya gelak dan asak dia dengan soalan sama. Tapi dia nafikan. Korang rasa?

Saya nak ingatkan kalau masuk rumah atau hotel yang belum tentu lancar berpenghuni, saya sarankan baca 3 qul,ayatul kursi dan baru beri salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2022 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.053532 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list