|
Lima rumah setinggan hangus
Anggota bomba memadamkan kebakaran 5 rumah di Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang, petang tadi. - Foto ihsan bomba
TANJONG KARANG: Lima rumah di Jalan Bagan Pasir, dekat sini yang menjadikan kawasan sekitarnya sebagai pusat pengumpulan barangan lusuh musnah dalam kebakaran hari ini.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.25 tengah hari.
Sepasukan 26 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, BBP Kuala Selangor, BBP Sekinchan dan BBP Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.45 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ah-setinggan-hangus
|
|