CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2946|Reply: 36

[Tempatan] Peguam dipanggil polis lepas buat laporan terhadap KJ, Noor Hisham

  [Copy link]
Post time 9-1-2022 09:06 AM | Show all posts |Read mode
[color=rgb(75 85 99/var(--tw-text-opacity))][size=1.35]Peguam dipanggil polis lepas buat laporan terhadap KJ, Noor Hisham

[size=0.875]Alyaa Alhadjri
[size=0.875]Diterbitkan:  Jan 7, 2022 6:22 PM
[size=1.125]⋅

Dikemaskini: Jan 8, 2022 12:14 AM




[backcolor=rgb(243 244 246/var(--tw-bg-opacity))][color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][size=0.875]
[color=rgb(249 115 22/var(--tw-text-opacity))]1


[color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][size=0.875]

[color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][size=0.875]




[color=rgb(55 65 81/var(--tw-text-opacity))][size=1.25]
KEMAS KINI | Peguam, Asiah Abdul Jalil berkata dia dipanggil polis berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Asiah petang tadi membuat laporan polis berhubung keputusan kerajaan melaksanakan vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Kata Asiah, pada awalnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menghubunginya untuk hadir memberikan keterangan pada malam ini.
"Disebabkan dah malam, saya minta untuk hadir esok pagi (Sabtu). Pegawai penyiasat Inspektor Raj kemudiannya tetapkan untuk ambil keterangan pada hari Isnin ini.
"Saya maklumkan tujuan saya buat laporan polis ialah untuk ambil tindakan saman sivil terhadap KJ dan Dr Hisham.
"Namun kini laporan polis saya disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah. Katanya prosedur biasa. Aneh, tapi saya akan layan sahaja," katanya dalam hantaran di Facebook.
Menurut Asiah, ada beza apabila peguam sendiri mengambil tindakan dalam isu vaksin berkenaan.
"Tidak seperti orang awam, peguam macam saya tak takut dengan ancaman dan intimidasi pihak berkuasa," katanya.
Terdahulu, ibu kepada sepuluh anak itu membuat laporan polis terhadap Khairy  dan Dr Noor Hisham di IPD Kuantan petang tadi.
Asiah ketika dihubungi berkata,  laporan polis itu dibuat berhubung pemberian dos penggalak vaksin kepada anak-anaknya yang berumur antara 12 dan 19 tahun, serta dos pertama untuk mereka yang berumur antara lima dan 11 tahun.
"Laporan polis ini sebagai standby police report. Jika anak-anak saya didiskriminasi selepas ini, maka pada masa itu wujud elemen "kerugian" atau "kerosakan" atau "pencabulan hak","katanya kepada Malaysiakini.
Asiah berkata diskriminasi yang dimaksudkan termasuk pengasingan di sekolah, larangan menggunakan padang dan fasiliti sukan awam, larangan makan di restoran, larangan masuk ke pasar raya atau sekatan perjalanan.
Asiah berkata dia juga akan mempertimbangkan untuk memfailkan tindakan undang-undang di bawah tort misfeasance di pejabat awam" terhadap Khairy dan Noor Hisham sebaik sahaja elemen yang diperlukan dibuktikan.

"Saya sebagai ibu kandung, bercadang nak failkan saman terhadap Khairy Jamaluddin dan Dr. Noor Hisham Abdullah di bawah kausa tindakan "tort of misfeasance in public office", sekiranya vaksin Covid-19 diwajibkan ke atas anak-anak saya atau sekiranya anak-anak saya didiskriminasi akibat tidak mengambil vaksin Covid-19.
"Sebab sekarang belum ada "kerugian" atau "kerosakan". Nak saman di mahkamah sivil, kena buktikan elemen tersebut," kata Asiah yang menegaskan dia sendiri menolak untuk menerima dos penggalak.
Menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini, empat anak sulung Asiah berusia antara 19 hingga 14 tahun telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala anak kelimanya, berusia 13 tahun, sedang menunggu pemberian dos kedua.
Anak keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan Asiah berusia antara 11 dan lima tahun, manakala anak bongsunya berusia dua tahun.
"Pada sepanjang masa kerajaan tidak pernah mewajibkan penerimaan vaksin Covid-19 kepada mana-mana pihak tetapi kerajaan melalui arahan eksekutif dan kuasa pentadbiran Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) telah membuat peraturan, dasar dan polisi yang menyekat hak kebebasan dan hak asasi bagi sesiapa yang belum menerima vaksin atau menolak vaksin,” kata Asiah dalam laporan polisnya. .
Asiah memaparkan salinan laporan polisnya di halaman Facebook bersama gambar borang kebenaran vaksinasi yang disifatkannya sebagai "perangkap" untuk menerima dos penggalak.
Noor Hisham semalam berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada vaksin formulasi baru Covid-19 jenis Pfizer untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Formulasi itu menggunakan 10 mikrogram bahan aktif vaksin setiap dos, berbanding 30 mikrogram setiap dos yang diluluskan sebelum ini untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
sumber : malaysiakini
Khairy semalam berkata KKM menubuhkan Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) untuk Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak) yang akan dipengerusikan oleh timbalannya, Dr Noor Azmi Ghazali.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
PPIM pung pang pung pang tp satu Kes pon xbawa..si asiah ni xsembang terus angkut Kes nak saman.hahaha lawak baca
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:38 AM | Show all posts
ramainya anak beliau

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak dia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2022 10:45 AM | Show all posts

berani dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 9-1-2022 10:45 AM
berani dia...

Kan, kita perlukan lg ramai org mcm ni dlm negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2022 11:08 AM | Show all posts
wak_pijah replied at 9-1-2022 11:06 AM
Kan, kita perlukan lg ramai org mcm ni dlm negara.

sebelum nih ramai yang kutuk elly suriati sbb report psl beksin nih, xmau ank dia dcucuk...ape y dia ckp dlu dh blaku skrg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job sisturrrr!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 9-1-2022 09:11 AM
PPIM pung pang pung pang tp satu Kes pon xbawa..si asiah ni xsembang terus angkut Kes nak saman.haha ...

Setuju sangat dengan kak Norma
PPIM ni ibarat 'Cakap Berdegar-Degar, Tahi Tersangkut Di Gelegar'
Tang Asiah ni she's my idol and I'm very impressed with her
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Good at least akak mahu tengok siapa yang menang.... Air liur vs public health
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 9-1-2022 02:03 PM
Setuju sangat dengan kak Norma
PPIM ni ibarat 'Cakap Berdegar-Degar, Tahi Tersangkut Di Gelegar'
T ...


Hahahaha amboiii..esok PPIM nk Kasi lg surat kt kkm ok..dh bpe byk memo ntahlaaa..hahaha

Tp esok bkn psl Saman still..just psl isu denda 1juta pejadah tu

Xpyh la nk idol si asiah hbs sek lambat xhormat laki ni..biase2 sudeyy..yg baik amik..yang xok tinggalkn
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
wak_pijah replied at 9-1-2022 12:44 PM
Bijak dia ni.

Idok la bijak..tp kan dia Ritu amik Kes psl org xmo vaksin..so guna jela Kes tu utk Kes cucuk vaksin ank dia plak.alang2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:10 PM | Show all posts
Antara mereka yang berani dan bijak.  Ada je a few other macam dia tapi kurang dapat liputan.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 9-1-2022 09:11 AM
PPIM pung pang pung pang tp satu Kes pon xbawa..si asiah ni xsembang terus angkut Kes nak saman.haha ...

PPIM kan memang macam tu sejak dulu. Cakap saja degar2. Tapi takde tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 9-1-2022 02:17 PM
Babai replied at 9-1-2022 02:11 PM
PPIM kan memang macam tu sejak dulu. Cakap saja degar2. Tapi takde tindakan.


Itulaaa..dulu kaka sapot la(sbb dia jual tiket agama)

sejak kaka baca kt forum psl depa caj mangsa siap ala2 Loyer tp lg mahal Dr loyer bagai..sejak tu kaka rasa dorg ni sembang je lebih...harktuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 9-1-2022 12:07 PM
Hahahaha amboiii..esok PPIM nk Kasi lg surat kt kkm ok..dh bpe byk memo ntahlaaa..hahaha

Tp esok  ...


Kak Norma shayang, aku dok idol dia tang keberanian dia bak kata pepatah orang putih 'Actions Speak Louder Than Words' tapi bukan idol dia tang tak hormat laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahulu pneumococcal untuk teenage dan adult saja.. Sekarang budak under 5 yo kena cucuk... If not mistaken sudah /akan wajib kan bagi kanak kanak.... Mengelupur dengar covid vaccine untuk budak.... This time akak betul betul mahu tengok case by case if dia faham isu policy dan regulation vaccination dan immunization... Siapa yang ter kena... Gang antivax ber sorak seperti monyet dapat bunga issue begini... Go asiah gooo pfffftttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 9-1-2022 02:13 PM
Kak Norma shayang, aku dok idol dia tang keberanian dia bak kata pepatah orang putih 'Actions Spea ...

Ohhh hahaha ok dik pu3 shayanggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 9-1-2022 12:23 PM
Normabaru replied at 9-1-2022 12:16 PM
Ohhh hahaha ok dik pu3 shayanggg


Love you kak
Lepas ni kita tengok saper yang kena ya
Kesian rakyat tak habis-habis jadi mangsa keadaan
Aku dah jadi menyampah dengan KKM yang tak transparent tentang beberapa hal yang mana lebih banyak ikut telunjuk GOMEN dari zaman si YIDDIN
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Go go Asiah
Semoga berjaya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077161 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list