|
Perkongsian video 'baby dance dengan daddy bil' yang memaparkan Nabil Mahir, 33, suami kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29 sedang mendukung anak mereka, Ana Nayla yang berusia kurang 4 bulan sambil terkinja-kinja dan melompat telah mengundang kecaman netizen yang rata-rata risau tindakan itu akan memberikan kesan buruk kepada jantung dan otak bayi tersebut.
"kenapa macam monyet kena belacan je, gegaran kepala anak tu, bapak kurang ilmu ni". Itu antara komen netizen melihatkan gelagat Nabil, mungkin risau melihatkan kepala Ana Nayla yang bergoyang-goyang dan bergegar walaupun Nabil memegang kepala anaknya itu.
Mungkin Nabil dan Ayda boleh membaca perkongsian Dr Izzar yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera di dalam majalah Pa & Ma berkenaan 'Shaken Baby Syndrome (SBS)' yang mana SBS ini merupakan kecederaan otak serius yang boleh terjadi disebabkan oleh menggoncang bayi secara agresif/melampau.
Ia menyebabkan sel-sel otak bayi musnah dan menghalang otak bayi dari menerima bekalan oksigen yang secukupnya. dan antara faktor terjadinya 'SBS' ini ialah kurangnya ilmu menjaga bayi (ibubapa baru), 'stress' dan depresi. -CARI
Foto : IG Ayda, Nabil. Zul Aida
|
|