CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Tempatan] Perhimpunan Agung Umno pada 16 Mac

[Copy link]
Post time 12-1-2022 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-1-2022 03:50 PM

Perhimpunan Agung Umno pada 16 Mac

https://www.malaysiakini.com/news/606658

B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Jan 12, 2022 11:13 PM⋅
Dikemaskini: 11:14 PM


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini memutuskan bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 akan diadakan pada 16 hingga. 19 Mac depan.

Sebelum ini, Umno menangguhkan PAU 2021 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 Jan disebabkan bencana banjir yang melanda negara.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

“Tarikh baru PAU 2021 ialah pada 16 Mac hingga 19 Mac 2022.

“Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan 16 Mac pada hari Rabu oleh timbalan presiden Mohammad Hasan. Sementara perhimpunan agung ketiga-tiga sayap itu diadakan pada 17 Mac.

“Ucapan dasar presiden dan perasmian perhimpunan agung Umno ditetapkan pada 18 Mac dan perhimpunan bermula pada hari kedua iaitu 19 Mac pada hari Sabtu,” katanya.

Ahmad juga berkata bahawa perhimpunan kali ini akan menjemput kesemua 14 perwakilan dari setiap bahagian.

“PAU 2021 tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.

“Manakala, kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing pada kali ini.

“Walaupun demikian SOP tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, sanitiser (pembasmi kuman) dan lain-lain,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.143847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list