View: 566|Reply: 0
|
Denmark mahu beri dos keempat
[Copy link]
|
|
Copenhagen: Kerajaan Denmark, berhasrat memberikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada mereka yang berisiko terdedah dengan penyakit itu.
Menteri Kesihatan, Magnus Heunicke berkata, langkah itu menandakan langkah baharu dalam memerangi penularan Covid-19 yang semakin melonjak.
Katanya , Denmark akan menawarkan dos keempat kepada rakyat yang paling berisiko terutama mereka yang didiagnos dengan penyakit serius yang sudah mendapat dos penggalak lebih awal.
"Mereka yang terbabit akan dihubungi pada awal minggu depan," katanya pada sidang media.
Beliau turut mengumumkan pembukaan semula institusi kebudayaan yang ditutup sejak Disember 2019 apabila 3,433 orang maut sejak pandemik itu melanda, menurut data rasmi dikeluarkan semalam.
Denmark yang mempunyai 5.8 juta populasi mencatatkan lebih 1 juta kes Covid-19 dengan lebih 90 peratus muncul kebelakangan ini disebabkan Omicron. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|