CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

Doktor rawat demam berdepan hukuman penjara

[Copy link]
Post time 13-1-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Seorang doktor di bandar Zhoukou, China didakwa atas kesalahan merawat pesakit demam ketika bekerja di hospital yang tidak mempunyai kemudahan klinik khusus untuk demam.

BBC News melaporkan, pesakit di China yang mengalami gejala Covid-19 hanya boleh mendapatkan rawatan di hospital yang ditetapkan khusus buat mereka.

Doktor itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Guo, didakwa kerana disyaki menghalang usaha pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

China sedang melaksanakan dasar sifar Covid-19 dengan strategi untuk menghapuskan penularan virus berkenaan.

Menurut notis pihak berkuasa di wilayah Henan, Guo merawat pesakit di sebuah hospital di Zhoukou, antara 29 Oktober hingga 2 November tahun lalu.

Guo yang menyandang jawatan naib pengarah di hospital itu tidak menubuhkan klinik demam sebagai sebahagian daripada operasinya.

Di China, mana-mana doktor tidak dibenarkan merawat pesakit yang menunjukkan simptom seperti Covid-19 di hospital yang tidak dilengkapi kemudahan klinik demam.

Sebaliknya, pesakit perlu dihantar ke klinik demam iaitu kemudahan perubatan yang pada mulanya ditubuhkan untuk memerangi wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002.

Tidak jelas bagaimana kejadian itu terbongkar, atau mengapa Guo memutuskan untuk merawat pesakit itu.

Menurut agensi berita Xinhua, Guo boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

China mengekalkan strategi sifar Covid dalam usaha untuk menghapuskan penularan virus itu, berbanding menerima hakikat bahawa virus itu tidak akan lenyap dalam masa terdekat.

Ia meliputi ujian saringan berskala besar, sekatan pengangkutan, pemantauan ketat, pengesanan kontak dan sekatan pergerakan bersasar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063571 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list