CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2211|Reply: 4

[SEJARAH] Jalan Genting Klang, Setapak

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Jalan Genting Klang, Setapak



Di dalam post ini, aku nak cerita sikit pasal Jalan Genting Klang dekat Setapak,KL ni. Jalan ni takde la famous la sangat kalau nak dibandingkan dengan jalan lain tapi disebabkan blog ni adalah menceritakan tentang Wangsa Maju maka aku pun mahu la cerita sikit pasal jalan ni.


Jalan Genting Klang (JGK) ni adalah antara jalan yang paling sibuk kt Wangsa Maju ni disebabkan lokasi jalan ni yang merupakan laluan utama untuk ke Pusat Bandaraya (kalau ikut signboard) dan juga laluan hendak ke MRR2, Gombak dan highway Duke. Asal nama jalan ni agak kabur sebab aku takda hitam putih pasal sejarah jalan ni mahupun pelan asal jalan ni.

Tapi kalau ikut cerita orang2 sini, asal nama jalan ni adalah Jalan Genting Highlands - Ulu Klang tapi entah camne tau2 dah jadi nama macam kt tajuk post aku. Kalau ikut kata diorang, logik la jugak sebab memang jalan ni mengarah ke gombak dan boleh ke genting terus. Masa tu agaknya takde lagi highway Karak dgn MRR2 jadi orang sini nak gy genting kena lalu jalan ni ye x. Tapi tu citer je la. Kalau tipu dia aku tipu korang gak la sebab aku pon da kena tipu.


Jalan Genting Klang. Dulu cuma 2 lane je tanpa ada pembahagi jalan di tengah2. Sekarang dah macam highway pon ada. Makin senang nak merempit seh.


Salah satu kedai mamak atau mapley di Jalan Genting Klang. Lama dah mapley ni wujud. Masa aku kecik2 lagi dah ada.

Kalau sesiapa yang igt atau pernah join aktiviti merempit dulu2 mesti familiar la dengan jalan ni. Disebabkan jalan ni banyak jalan dalam nak melarikan diri dikejar bond maka sudah tentu jalan ni antara faveret untuk dilalui oleh perempit2 ni di samping jalan paling dekat hendak ke Dataran Merdeka.Maka berderum la para-para perempit ini di kala malam minggu merempitkan diri di jalan ini pada waktu malam.


Disebabkan lokasi balai polis ni menghadap jalan utama iaitu Jalan Genting Klang,maka mereka buat roadblock depan balai jel a. Sapa yang kena tahan teros masok balai senang citer.

Bagi yang gila dota gamerz pun mesti tau jalan ni sebab dekat area jalan ni memang penoh dgn cybercafe. Juga jalan ini menghala ke Seksyen 2 di mana syurga kepada para dota gamerz sejati yang tidak mengira bangsa atau umur tetapi mementingkan wang di dalam dompet anda. Aku pon pernah terjebak dalam dunia gamerz ni tapi takde la hardcore sgt.

Memang berhantu betol game tu. Sampai orang dari Klang, Subang, PJ, Ampang, Shah Alam dan seluruh KL ni la turun sini nak main dota punya pasal.Mungkin tak lama lagi boleh la Menteri Sukan ke Menteri Pelancongan declare kawasan Wangsa Maju ni Zon Dota. Silap2 sampai orang Amerika pon nanti maen dota dkt sini.


Pakej Lengkap CC dengan Mapley. Lepas Dota teros lepak Mapley. Balik rumah gigit jari duet abes.

Selain itu, jalan ini juga terkenal di kalangan penjual2 kereta terpakai, tuan lori2 dari sebesar kereta sampai lah sebesar 24 biji tayar disebabkan terdapat JPJ dan Puspakom yang berada di lokasi ini. Kalau hari biasa boleh lah tgk beratur panjang gila lori2 nak masuk buat pemeriksaan puspakom. Tambah pulak sebelah dengan JPJ.Memang la senang diorang nak buat road tax ye tak.

Tu belom masuk nak bayar saman JPJ lagi tu. Syukur aku tak pernah kena saman JPJ. Mintak2 jangan la kena weh.Aku pun pernah pergi sini ikut kawan aku ambil geran motor dia dekat sini. Penuh ulat2 la dekat kawasan bangunan JPJ ni. Baru nak masuk mcm2 dia tanya. Macam kaunter tiket bas puduraya pulak aku tgk. Biasa la berurusan dengan gomen ni banyak kerenah birokrasi sgt. Tu yg diorang amek kesempatan. Zaman skarang mcm2 cara nak buat duit eh.



JPJ dan Puspakom. Kombinasi yang terbaik dan menyenangkan orang yg nak jual kereta terpakai dan tuan punya lori dan treler.

Dekat jalan ni jugak, ada 3 jenis sekolah yg ketiga-tiga nya adalah berbeza. Antaranya adalah Sekolah Teknik Setapak, Sekolah Menengah ERT Setapak dan satu lagi Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak. Bagi yg ex Sekolah sini mesti la tau pasal jalan ni. Aku tak sekolah sini jadi takde la aku nk komen banyak. Cuma saja aku bgtau sebab bangunan sekolah dia da ada kt jalan ni jadi kena la tulis ye tak.




3 sekolah berlainan jenis.Tak pernah merasa masuk sekolah2 ni. Tapi sekolah yg paling special adalah sekolah cacat penglihatan. Yg buta pon pergi sekolah. Yg tak buta sebok nak ponteng sekolah.

Dulu dekat sini ada banyak kg setinggan dekat2 dengan jalan ni. Biasa la mase tu belom membangun lagi kawasan Setapak ni. Tapi sekarang suma dah pindah dah dekat Rumah Flat DBKL. Harga hartanah sini jgn memain woo.Mau makan berjuta beb. Tak percaya korang check la dekat Google, Mudah.my atau mana-mana ejen hartanah. Kondo 20 tingkat harga je dah 300k beb. Sebab tu pemaju sanggup bayar pampasan dekat org kg setinggan ni. Memang membangun habis la kawasan ni.


Antara bekas peninggalan rumah setinggan berdekatan Jalan Genting Klang.Tak lama nanti naik la kondo kawasan ni.



Salah satu flat pemindahan setinggan di Jalan Genting Klang


Aku igt Columbia ni filem Hollywood.Rupanya hospital pon dia ada.Dasat2.


Pembangunan baru di kawasan Jalan Genting Klang. Kondo dengan rumah flat dekat2 je.Gigit jari je orang rumah flat tu tgk kondo.

Tapi sayang kat sini kedai Melayu tak banyak yg ada. Gerai2 makan melayu pon cuma tinggal berapa kerat je. Dominasi cina dgn mamak india memang betol2 conquer abes la kawasan ni. Tapi apa nak buat. Dah diorang kaya. Kita orang melayu ni apa lah yg boleh buat. Nak beli tak mampu, berniaga tepi jalan kena belasah. Jadi pandang je la.Harap2 satu hari nanti kawasan Jalan Genting Klang ni akan jadi kawasan melayu balik satu hari nanti. Bukan cuma kawasan melayu di rumah2 PPR je.



Nasib bangsa melayu yang hanya mampu meniaga di tepi-tepi jalan sahaja.


Salah satu pemandangan di Pekan Setapak, Jalan Genting Klang. Kelihatan dominasi perniagaan dimiliki oleh kaum cina.

Sumber:http://wangsamajuboyz.blogspot.c ... -klang-setapak.html



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 04:33 PM | Show all posts
kawasan rumah aku nie..dulu dari lahir sampai umur 23 duduk setinggan, kg pasir wardieburn namanya
lepas tu kena pindah flat sebab rumah terbakar seminggu sebelum raya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 04:53 PM | Show all posts
betul tu yg buta nk pergi sekolah..yg sihat sempurna sibuk nk memonteng
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:18 PM | Show all posts
aku punya rumah kat Taman melati.. dok KL sampai umo 19 tahun ja.. pastu idop merantau.. jalan genting klang ni aku selalu naik basikal ulang alik merata nak ke wangsa maju ka.. nak ke Taman tasik titiwangsa ka.. nak ke Alpha Angle ka.. duluuuu masa kaki aku macam athlete duluuu la.. skang nk jln ke kedai dpn umah pon berkereta... kui kui..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 04:50 PM | Show all posts
yg laluan mana bole ke genting? means laluan lama sambung ke gombak ? melalui jalan danau kota tembus ong tai kim tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.088999 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list