CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 2

[Dunia] India berdepan risiko Tsunami Covid-19

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Puluhan ribu penganut agama Hindu berkumpul di Prayagraj untuk berendam dalam Sungai Ganga bagi menyucikan diri daripada dosa. - AFP

India berdepan risiko Tsunami Covid-19

NEW DELHI –  Berpuluh-puluh ribu penganut agama Hindu memilih untuk berkumpul beramai-ramai sempena Festival Makar Sankranti ketika India berdepan dengan  gelombang baharu Covid-19, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Perayaan itu diadakan di tebing Sungai Ganga, dekat bandar Prayagraj dan menyaksikan penganut Hindu mengambil kesempatan mandi di sungai itu yang dipercayai mampu menyucikan semua dosa mereka.

Ini bukan kali pertama penduduk tempatan berhimpun beramai-ramai semasa pandemik apabila  festival sama menyumbang kepada gelombang kedua Covid-19 pada tahun lalu sehinggakan  negara itu diibaratkan dilanda Tsunami Covid.

Meskipun menyedari bahaya tersebut, pihak berkuasa keagamaan di negeri Uttar Pradesh berkeras untuk meneruskan acara sama  tahun ini.

Rakaman sebuah stesen televisyen kelmarin menunjukkan orang ramai berkumpul di tebing sungai sambil berdoa  tanpa mematuhi peraturan penjarakan fizikal.

Saluran berita Hindi ABP melaporkan bahawa lebih  70 peratus pengunjung festival kegamaan itu  tidak memakai pelitup muka.

Sebuah khemah besar telah didirikan di tebing Sungai Ganga sejak beberapa hari lalu untuk menempatkan penganut yang datang dari seluruh India, manakala lebih 5,000 anggota polis dikerah untuk menguruskan orang ramai.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath telah  merayu kepada orang ramai supaya  mematuhi  semua protokol Covid-19 sepanjang festival itu berlangsung.

Seorang pegawai kanan polis, Rajeev Narayan Mishra berkata, sekurang-kurangnya 38 anggota polis yang bertugas telah disahkan positif Covid-19 sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa festival itu akan bertukar menjadi  lubuk jangkitan dalam masa beberapa hari akan datang.

Tahun ini, pihak berkuasa di Uttarakhand telah melarang mana-mana peserta festival daripada berenang di sungai semasa perayaan. – Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... o-tsunami-covid-19/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mandi Safar tolak bala dah terlepas lah pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ontahh.. malas akuuu.. nak ngata siyindia ni di mesia plk pi mekah pakai vaksin tipu.. lantak hangpa la semua jgn dekat dgn aku satu family dgn mak pak aku sudah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052141 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list