CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] 164 laluan transaksi RFID sudah mula beroperasi di highway PLUS sejak semalam

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 09:22 AM | Show all posts
so far dah pakai RFID sejak pilot projek. tak pernah ada masalah pun guna RFID, kene reverse and so on. Weols tampal kat headlamp.

tips dia pastikan jarak anda dan kereta hadapan dlm keadaan yang selamat, sebab ada jer kutu-kutu yang laju kat RFID punya gate last2 kene reverse.

masa lalu kat RFID punya tol, kene slow and steady. in syaAllah, ok.

p/s: memang best guna RFID sejak PLUS dah impliment kat semua tol. ekeke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi tng lane masih ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:47 AM | Show all posts
Yang terbaik stiker  tampal di Lampu sebab senang baca readernya diatas canopy kalau tampal di cermin susah baca kalau bawa laju. Aku tak faham dealer tng yang pasang kat shopping complex ni semua tampal kat cermin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:03 AM | Show all posts
mesti ada "someone" yang akan untung penukaran ke rfid nie!! orang "besar2" la siapa lagi....

Tapi memang bg awok tindakan yang bangang.. kut ya pun ko nak sangat maintain la smart tag ...  
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:08 AM | Show all posts
Iols masih guna smart tag sehinggalah rfid ni betul2 berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 03:50 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 17-1-2022 09:17 AM
smlm malam aku lalu besraya dr sg besi menghala ke mines, dah ada dua lorong rfid ni. 1 lorong ful ...

ooo dah ditambah la ye...
pagi tadi nak masuk tol bangi lorong smart tag diganti dgn RFID...so iols yg belum ada RFID ni masuk ke lorong TnG sbb takut lorong tu x terima smart tag. ingat ke salah satu lorong TnG tu diganti dgn smart tag.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2022 10:06 PM | Show all posts
Sistem RFID bermasalah, kereta kena undur di plaza tol
Kamariah Khalidi -
17 January 2022


Beberapa pengguna jalan raya mula menggunakan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Masih ada pemilik kenderaan  menggunakan pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) berdepan kesulitan ketika melalui plaza tol.

Tinjauan MalaysiaGazette di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur hari ini mendapati, ada beberapa pengguna terpaksa mengundurkan kenderaan mereka selepas sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada bahagian hadapan kenderaan.

Kenderaan di lorong RFID yang terpaksa mengundur itu kemudiannya membelok dan menggunakan lorong Smart Tag bersebelahan.


Pengguna sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) menukar lorong Smart Tag selepas gagal melepasi laluan sistem RFID ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 JANUARI 2022.

Bagaimanapun, tiada sebarang kesesakan teruk di plaza tol itu petang tadi berbanding situasi yang berlaku pada awal pagi tadi ketika orang ramai sibuk menuju ke tempat kerja sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa pemandu kenderaan menunggu sehingga hampir lima minit selepas kenderaan yang berada di hadapannya mengalami masalah sistem RFID.


Petugas PLUS menguruskan pengguna jalan raya yang tidak dapat melepasi laluan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 JANUARI 2022.

Rata-rata respon di media sosial pula memaparkan ‘kemarahan’ dan ada juga netizen berang dengan sistem RFID yang didakwa menyumbang kepada kesesakan teruk di Plaza Tol Bandar Seri Putra, Bangi sekitar pukul 7 pagi tadi.

Seorang pengguna Twitter mendakwa, lorong Smart Tag di plaza tol berkenaan telah pun ditukar kepada lorong RFID manakala lorong Touch N Go masih kekal.

“Hari ini plaza tol di kawasan rumah kami akhirnya ‘robohkan’ lorong Smart Tag dan tukar jadi RFID manakala lorong Touch n Go kekal seperti biasa. Cuba teka apa terjadi? Penuh adegan lampu reverse kereta menyala. Mana entah aritu poster kata ditukar secara perlahan-lahan,” ciapnya.


Petugas PLUS menguruskan pengguna jalan raya yang tidak dapat melepasi laluan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 JANUARI 2022.

Media sebelum ini melaporkan, transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula pukul 10 malam pada 15 Januari lalu.

Menurut PLUS, pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

“Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang,” katanya.

Untuk info, pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:24 PM | Show all posts
mejaputih replied at 17-1-2022 07:50 AM
ooo dah ditambah la ye...
pagi tadi nak masuk tol bangi lorong smart tag diganti dgn RFID...so iol ...

ye.. kita pun x brani nak msuk lorong yg share smartag n rfid ni. lekat karang, x pasal nak kena maju mundur maju mundur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-1-2022 10:06 PM
Sistem RFID bermasalah, kereta kena undur di plaza tol
Kamariah Khalidi -
17 January 2022

Apa la wartawan ni iols lalu tol sg besi ptg mmg sesak teruk sbb lorong smart tag tinggal 1 je..mmg bil lorong tng masih kekal..geram sgt..korbankan la 1 lorong tng ganti smart tag.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku still suke tol..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 17-1-2022 09:22 AM
so far dah pakai RFID sejak pilot projek. tak pernah ada masalah pun guna RFID, kene reverse and so  ...

Mekaseh share tips guna rfid ???? dah beli tapi belum tepek. Masa lalu kat tol tu kekdah rfid sama ke dgn smart tag? Takut2 pulak nk guna ????
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:53 PM | Show all posts
Lentera replied at 18-1-2022 02:16 PM
Mekaseh share tips guna rfid ???? dah beli tapi belum tepek. Masa lalu kat tol tu kekdah rfid sama ...

macam iols masa pilot testing RFID, pemasangan RFID akan di buat di centre dia. So, lepas install, team RFID akan test terus before kita boleh guna kat tol.

maybe yg ada isu ni sbb baru beli then terus nak guna tanpa ada testing sebelum masuk tol.


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi kalau kita masuk kat RFID, tapi keluar tak masuk RFID sbb jem. Keluar lorong t n g. Berapa kena tolak pada kad? Seramnya
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062221 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list