CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

AKASIA : CHINTA

  [Copy link]
Post time 27-9-2010 07:23 PM | Show all posts
elfira loy dgn adik badik ada berlakon dlm ni..
Asdira Post at 27-9-2010 18:48



    haah.. abang dia jahat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 07:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by bottombikini at 27-9-2010 19:27
macam best kan... tp kalau Chinta tu bukan FS lagikkkk beshhhh!!
dynaz_zhalia Post at 25-9-2010 16:05


laa..episod 1 ke yg aku tgh tgk ni...

best jugak..tapi if takde pasah lagi melerts cite nih..mak gerenti senah!

kengkawan azhar sulaiman ni sume mmg jenis hantu..kan

tapi aku mmg geli tgk yg kawin 4 tu..muka gatal nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 07:27 PM | Show all posts
laa..episod 1 ke yg aku tgh tgk ni...

best jugak..tapi if takde pasah lagi melerts cite nih.. ...
bottombikini Post at 27-9-2010 19:24



    iyo lorrr... baru 1st episode hari ni... ok la setakat ni... tak lembs sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 07:29 PM | Show all posts
masih ada lagi ke orang simpan duit berkepuk dalam sarung bantal?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 07:54 PM | Show all posts

Drama Chinta drama Akasia terbaik

Wow.....mmg best cerita Chinta tadi.... setanding citer Nur Kasih....
pelakon hebat2, pengarah hebat, penulis skrip hebat, jalan citer hebat....
5 star!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 07:55 PM | Show all posts
plakon pmpuan budak2 td tu bes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2010 08:09 PM | Show all posts
ala tak tengok lak.. layan cinta kirana kat astro
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:15 PM | Show all posts
drama br bermula so x leh nak g komen.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 08:22 PM | Show all posts
jgn episod 1 TT puji, nengok minggu dpn....habis keji
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:22 PM | Show all posts
aku sungguh bersyukur sebab ira shazira yang berlakun cerekarama malam haritu
tak berlakun dalam cerita ni, kalau tak akan matikan mood aku nak tengok..(sbb akhir ni
nampak banyak muka dia berlakun...plz la,sapa yang ambil dia ni belakun mmg bad taste)

cerita ni nampak nya macam best, ada jalan cerita yang buat aku nak tunggu
takla macam cerita sebelum ni.. dan syukur juga ,pelakun lakinya zain saidin(
dengar khabr adik shasha elit belakun dan pelakun utamanya fasha, tentula
nak tengok terus cerita ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:26 PM | Show all posts
ENDING EP 1 ALA2 SLOT LAGENDA GITOO...MISTERI  HAHA
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:28 PM | Show all posts
Reply 9# ad_hoc79

nasihat

kita boleh delete post kita sendiri..klik edit dan tandakan DEL box kat kanan atas sana
dan klik edit thread
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:30 PM | Show all posts
baru 1st episod, x leh nak komen lg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:33 PM | Show all posts
koser sgt kan baru 1st episode dh puji melambung...
apa pon aku suker azhar sulaiman...kalau bab jahat2 bongok, mmg sesuai...merasalah masuk umah org x bley kluar
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:34 PM | Show all posts
Reply 7# GONE

tq.ntah td klik xkuar2.tu yg klik2....alih2 kuar byk lak..heh heh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:34 PM | Show all posts
baru 1st episod, x leh nak komen lg...
Sagun36 Post at 27-9-2010 20:30


lakonan mantap semua....tgk first episode pun dah tahu dan jangka...

lakonan si aalia tu pun menjadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 08:41 PM | Show all posts
koser sgt kan baru 1st episode dh puji melambung...
apa pon aku suker azhar sulaiman...kalau bab ja ...
orlanda Post at 27-9-2010 20:33


bukan nak puji tak berasas..tp tgk je la mutu lakonan..fasha off course la hebat lakonannya...kita dh tahu kan tahap kemampuan fasha bawak watak yg berat2....lakonan pelakon2 lain pun tadi menjadi....pelakon pun hebat2 dan ada nama semuanya...

dari segi skrip, buah tangan azlina pa'wan tak penah mengecewakan... malah best2 belaka

dan pengarahnya pun penah arahkan drama2 hebat mcm kehangatan lantana...

sinematografi dan kualiti gmbr pun cantik...best je tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Dicota8 at 27-9-2010 20:47

Sinopsis Chinta TV3 - Jalan cerita yg hebat!

Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Dicota8 at 27-9-2010 20:50

Menarik mengenai Watak Chinta, Fasha Sandha

    ENAM tahun menjadi pelakon dengan deretan anugerah serta pengiktirafan, ini kali pertama aktres Fasha Sandha berdepan ketakutan yang amat sangat. Rasa takut dan seram itu bukan disebabkan watak hantu atau jalan cerita menakutkan, sebaliknya watak terbaru lakonannya, Chinta.

    Fasha yang menangis setiap kali membaca skripnya hasil tulisan Azlina Pa’ Wan menyifatkan watak ini sebagai paling mencabar dalam karier seninya.

    Bukan kerana Chinta memaksanya beraksi lasak atau berdepan cabaran ngeri, sebaliknya watak ini diselongkar terlalu dalam daripada aspek permainan emosi dan naluri peribadinya.

    “Penat rasanya setiap kali saya menghayati perwatakan Chinta kerana mainan emosinya terlalu dalam hingga membuatkan saya rasa takut dan seram. Chinta bukan lagi berdepan konflik cinta sesama manusia atau rasa benci kepada seseorang, sebaliknya perasaan dendam seorang gadis terhadap takdir dan Tuhan dijadikan subjek utamanya. Mana tidak, saya menggigil acap kali meneliti ucapan yang perlu saya lontarkan ketika di set penggambaran.

    “Bayangkan, saya masih merasai tekanan watak Chinta walaupun di luar set penggambaran. Chinta bagai menghantui saya dan mengarahkan gerak hati untuk menyelongkar perwatakannya dengan lebih dalam.

    “Alhamdulillah selepas seminggu membawakan watak ini, saya semakin serasi dan dapat membawa watak ini dengan lebih ringan dan selesa,” katanya yang berada di pulau legenda itu selama sebulan sebelum pulang menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.

    “Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.

    “Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 10:04 PM | Show all posts
sinopsis citer ni mcm satu filem hindi lakonan rani mukherji...gadis kampung suci murni ternoda dibandar dan terpaksa berjuang dibandar..jadi model tp sebenarnya social escort...jatuh cinta kat sorang jejaka tampan abhisek..tp xper kalau jln citer best..layan jer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.415088 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list