View: 430|Reply: 0
|
[Tempatan]
SMK Sulaiman tutup seminggu, 19 dijangkiti Covid-19
[Copy link]
|
|
SMK Sulaiman tutup seminggu, 19 dijangkiti Covid-19
https://utusan.news/nasional/202 ... ijangkiti-covid-19/
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
18 Januari 2022, 7:05 pm
SMK Sulaiman, Bentong
BENTONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup seminggu susulan penularan wabak Covid-19 di sekolah berkenaan.
Berdasarkan notis Pejabat Kesihatan Daerah, sekolah itu ditutup bermula 19 Januari hingga 25 Januari ini.
Penutupan itu dibuat bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
Difahamkan individu positif dibawa ke pusat kuarantin di Kuantan dan Maran manakala kira-kira 34 pelajar yang menjadi kontak rapat turut dikuarantin.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, setakat ini, seramai 21 individu disahkan positif Covid-19.
Jelasnya, individu yang positif melibatkan 19 pelajar dan seorang guru.-
|
|
|
|
|
|
|
| |
|