CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Tempatan] Kluster Covid-19 naik mendadak

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Kluster Covid-19 naik mendadak

https://utusan.news/terkini/2022 ... d-19-naik-mendadak/

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
18 Januari 2022, 8:16 pm


DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 17 kluster baharu berbanding semalam, enam kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,235 kluster.

“Sebanyak 188 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 177 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,047 kluster berbanding semalam, 6,041 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,245 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 2,342 kes sekali gus mengatasi 3,093 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 84 kes berbanding semalam, 87 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan 183 kes berbanding semalam, 184 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 16 kes, berbanding semalam, 12 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,809 kes. Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak dua daripada 16 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,417 kes. – UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053790 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list