CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 10

Ibu Basuh Botol Susudan Buang Air Panas Bawah Pokok, Anak Meraung Badan Jadi Keras

[Copy link]
Post time 19-1-2022 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: Tiktok Tuan Syamil





Rakyat Malaysia sentiasa singgah di R&R untuk merehatkan diri setelah perjalanan yang panjang di atas lebuh raya. Namun, persinggahan ini kadang-kadang bertukar menjadi pengalaman seram bagi sesetengah orang. Bukan sekali dua kita mendengar kisah-kisah mistik, tetapi sudah berlaki-kali perkara ini terjadi di kawasan R&R. Baru-baru ini, sebuah keluarga ini juga  mengalami situasi yang hampir sama sewaktu berada di R&R Genting Sempah.




"Demi Allah, saya tak pernah tengok anak saya macam tu"


Menerusi posting terbaru Tuan Syahmi di TikToknya baru-baru ini, kejadian itu terjadi apabila mereka sekeluarga sedang berada di drive-thru sebuah restoran makanan segera. Kerana terlalu lama menunggu giliran, dia mula turun daripada kereta untuk membasuh botol susu anaknya dengan air panas. Sisa susu dan basuhan itu dibuang ke kawasan bawah pokok berdekatan dekat restoran tersebut. Namun peliknya, anak kecilnya tiba-tiba meraung tanpa henti dengan badan menggelepar.



Sumber: Google Image



Anaknya tiba-tiba meraung macam kena sampuk. Tuan Syahmi telah membaca ayat-ayat al-Quran tapi anaknya masih meraung. Tanpa menunggu dengan lebih lama, mereka sekeluarga terus pergi tinggalkan kawasan tersebut dan mencari tempat lebih terang dan ramai orang.


Akhirnya Tuan Syahmi ikhtiar dengan memasangkan bacaan rukhyah daripada YouTube, barulah keadaan kembali tenang dan anaknya tiba-tiba menjadi diam dan tenang. Akibat daripada kisah terbabit, lelaki ini berpesan kepada netizen untuk mengelakkan membuang sampah ataupun benda lain di merata tempat kerana dikhuatiri akan terkena kepada ‘benda’ tidak sepatutnya. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 05:12 PM | Show all posts
Ingatkan ibu curah air panas kat baby yg ada bawah pokok
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dia curah kat anak datang dari belakang or anak tu nyorok tepi pokok..
kan dah biasa org pesan benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu nak buat apa2 kena dimulakan dgn bismillah.. Sebut bismillah, bnda2 pun lari. Mcm yg org pesan kalo nk curah air panas dalam sinki.. Bc bismillah.. T jin dgr dia lari. Xdala kena kat anak2 jin tu nanti dia kaco ko skluarga baru ada akai.. Tp seeloknya ko xpyh la buang ataupn kncing ke apa2 kalau dh kwsn semak samun nun.. Mmg rumah depa le sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan kat mekdi genting sempah ke? Sakit pokok tu ko tuang air panas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:54 PM | Show all posts
pokok pun bleh mati curah ayaq panaih...mengong acik nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 04:55 PM | Show all posts
Curah ler dalam longkang kalau ya pun jangan main curah sana sini ikut suka
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Carilah sinki, proper sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 05:11 PM | Show all posts
nak tuang ayaq panas dalam sinki pun kena baca bismillah dulu. ni plak kat tempat2 mcm tu. jangan main tuang mcm tu saja. kita ni tak nampak dengan mata kasaq makhluk2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:46 PM | Show all posts
Agak2 omputih ada tak kne mcm ni. Ke kat nusantara je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat sini baru tahu kena baca bismillah kalau nak curah air panas kat sink. Nanti lepas ni boleh amalkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.376625 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list