CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: galioo

koleksi minyak wangi anda

[Copy link]
Post time 25-12-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang ni suka ex nihilo fluer narcotique, sebelum ni burberry her, biasanya beli decant original dekat shopee dulu lepas google dekat fragrantica
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2024 02:25 PM | Show all posts
Sebenarnya minyak wangi ni kalau nak beli boleh jugak bayangkan bau dia berdasarkan warna botol. So far iols telah tertrauma dengan armaf CDN Intense tu. Lepastu, beli plak Rihanna arabic perfume bawah jenama Ard Al Zaafaran pun color hitam, dia tidaklah sengeri CDN Intense tu, tapi kurang pleasant di hidung I.

Disebabkan zara perfume iols semua sudah habis, and iols memang tiada niat untuk beli another bottles from this #genocideenablers company, so iols strat riki2 new perfumes untuk cuba2.

Antara middle east perfumes yang iols blindbuy;

1. Rihanna by ard al zaafaran - awal2 tu dia bau manis segar gitu, tapi akhirnya selepas bersatu denga body chemical i, yang tertinggal hanya bau signature middle east. So iols pun pas ke adik i, and she like it. Katanya bau rihanna ni sedap dihidungnya. Longevity, sillage, projection (LPS) biasa-biasa sahaja.

Iols beli dekat sini. InsyaAllah ori.

2. Mousuf Wardi Pink Edition - Disebabkan dia punya bottle warna pink, so please expect feminine punya bau. Ya dan betullah feminine bau dia. Manis fresh kalau lepas mandi pakai ni waaallaaaah sedap eeek bau dia. Kalau bau sekadar dari spray begitu sahaja, iols tercium bau powdery macam ada bau bedak talkum gitu. Overall as for me, safe blindbuy la. Tapi, kalau tanya sekarang, nak beli lagi tak second bottle? The answer is no. Bau sedap, tapi bukan yang kena sangat dekat hati.



Ni pun I beli dekat kedai yang sama. So far kedai ni memang trusted seller kalau nak beli perfume ereb. Beli dekat SINI.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 02:55 PM | Show all posts
Okay sambung perfume-perfume yang iols beli memang blind buy selepas tengok review-review dari pelbagai platform seperti tikitok dan utube. God knows betapa iols mencintai perfumes ni. Suka la kan wangi-wangi. Siapa jerlah yang tak suka wangi-wangi uols.

Tapi disebabkan poket iols hanyalah senipis iman iols, so perfume ereb ni orang cakap performance mantap. Ternyata, lain badan, lain tindak balas. HAHAHAH. Iols mulanya skeptikal jugak dengan perfume ereb ni, sebab iols ada satu ketakutan kalau-kalau perfume ereb ni signature bau dia tu kan, bau-bau minyak attar. Iols belum lagilah nak berbau minyak attar ni

So next yang i beli blind buy;

3. Dirham Wardi by Ard Al-Zaafaran -  Yang ini ya Allah, betul2 safe blind buy for me. Me love the bau. Very creamy sophisticated punya bau. Lemak manis. Kalau korang sudah pernah bau yara latafa pink tu, bau dia lebih kurang. Dan longevity nya pun sama. Sedeh. Kahkahkah. Tapi sebab sedap, i dont mind. Boleh je reapply. Sillage boleh la, bilik masih ada bau dia lepas beberapa jam. Projection poor. Org yang sekereta dengan iols tak bau pun perfume tu. I sorang je bau. I dont know, iols rasa body i ni kategori perfume eater kot . Nak beli lagi tak second bottle? YES I AM. Bau dia menyenangkan hati iols.


BELI SINI.

4. La Vita Bella by Maison Al-Hambra - iols sebenarnya nak tegelak jugak dengan perfume ni. Kata pengreview pengreview seantero dunia la vita bella ni adalah dupe kepada La vie est belle by lancome. Rasa macam vibe-vive abibas, like, i-cherry dan fake-fake peniru brand terkenal tu kan? Dari packaging sampai ke botol, memang lebih kuranglah rupa seperti by lancome tu. Kitonyo curious. Betul ke bau have-have gitu kemaen para reviewers pun kan. Tapi bila dah dapat tu, yes betul bau dia sedap weh. Bau pear tu keluar betul dekat skin iols di awal spray. Lama-lama sikit iols recognize bau orange plak. Overall, yes akan beli second bottles. Suka bau dia. Suka sangat-sangat. Ya Allah semoga ada rezeki beli yang la vie est belle by lancome plak lepas ni insyaAllah doakan iols cuols. Siapa la tau kan, Allah cakap ada rezeki iols pakai yang sebenarnya bukan sekadar dupe. Hehe~

Ni rupa yang dupe tu HAHAHA

Ni rupa perfume originalnya

Lebih kurangkan? Hahahaha. Korang pergilah tengok para reviewers lebih-lebih lagi yang dekat tiktok. Mostly cakap bau sama. Cuma dry down tulah kot ek beza ikutlah skin, body chemical korang. Reaction macam mana. Sebab honestly, seriously, lain orang lain body chemical berinteraksi dengan perfume ni.

DUPE LA VIE EST BELLE BELI SINI



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 03:25 PM | Show all posts
Last but not least. Minyak wangi paling aneh yang iols pernah beli. Serius agak aneh bagi iols bau dia.

5. Emir Cedrat Essense - Iols beli sebab kononnya nak lari sikit dari bau-bau manis floral sexy woman gitu. Lagipun, kerja iols sekarang ni banyak berprogram. Aktiviti luar. So ingat nak sediakan lah satu perfume yang kalau kita berpeluh, perfume tidak hilang. Ataupun orang panggil outdoor perfume haaaa gittew. Perasaan iols masa awal-awal sembur dia, paling kuat bau lemon like literally bau jus lemon. Lama sikit, keanehan mula muncul. Yakni bau limau nipis. Limau nipis ni, kulit dia tu pahit kan? Ya, yang terbau tu adalah kepahitan limau nipis tu.

Bau ni ramai cakap unisex. Tapi sometimes iols ada tercium sikit bau jantan. And i setuju, both gender boleh pakai. Bau jantan tu mild, lepastu uols akan terbau jugak bau manis gula cair ya Allah i love the keanehan perfume ini. I will, definitely beli lagi kalau perfume ni habis kelak, insyaAllah. Dia bukan aneh apa gais, iols selalu beli perfume yang ladies2 kan, so yang ni memang agak keluar sikit dari zon bau yang iols dah biasa. Perfume ni buat iols nak cuba lagi perfume lain bawah Emir. Tapi tulah, kena tengok dulu reviewers cakap apa. Yang ni pun botol dia warna hijau i assume bau dia bau fresh2 gitu kan. Dan memang benarlah fresh pun.

Colors perfumes lain bawah emir agak mentakutkan iols. HAHA. Tengoklah dulu.


EMIR CEDRAT ESSENCE

So far lima ni yang iols baru guna. Perfume ereb lain yang iols dah guna macam biasalah, yara pink by lataffa and ameerat al arab tu. Tu mesti korang dah tau bau dia macam mana since very hype dua perfumes ni. Bukan setakat hype di Malaysia sahaja malahan di seluruh dunia. Ereb perfume memang popular betul sekarang ek.


Apa pun, apa yang iols ambil pengajaran buat masa ni, color botol perfume tu atau packaging dia memang melambangkan bau perfume tu sendiri. Makanya, iols memang neves sikit untuk botol2 perfume yang berwarna hitam. Tapi, iols mcm berharap dengan bint hooran tu sebab ramai cakap ianya dupe kepada good girl by carrolina herrera. Perfume GG ni pun kemaen ek ramai cakap bau sedap sexy seduction whatsoever gitu. Siapa yang dah beli bint hooran tu share-share lah pendapat korang. Sedap ke idok? Performance mantap tak? LSP dia mantul tak?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 02:35 PM | Show all posts
poison_paradise replied at 20-2-2023 04:11 PM
Plis rekemen perfume bau pompuan mahal.. hehe

chloe best sgt bau dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:14 PM | Show all posts
i baru je beli miss dior bouquet bloom & chanel eau fraiche dengan kawan i dia keje kat mall..harap sedap la bau dia sebab i skang banyak keje kat luar plus i suka bau2 fresh n aktif ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.102974 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list