CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

Mari Share Kisah2 Pendek Yg Pelik/Seram/Unik Dari Serata Dunia

  [Copy link]
 Author| Post time 15-5-2022 07:10 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 27-6-2022 04:08 AM

ini cerita lama yang tidak habis; ie ianya hanya dilaporkan dan tidak ada conclusion. ''saya'' adalah pencerita (Ini Bukan Isteri Saya)

bebarapa tahun lalu, seorang lelaki (omputeh, american) bercerita suatu benda pelik berlaku padanya. lebih specific , ianya  berlaku pada isterinya. isteri dia ini adalah traditional wife. balik kerja, masak2 jaga rumah dan lepak dekat rumah sahaja. tiada anak; tidak keluar2, dan tidak banyak bersocial eg kluar dgn kawan2 tengok cinema ke apa etc. pakaian dia pun tidak trendy. ie wife dia ini tak banyak songeh dan kerenah. lebih family-orientated. dan tak pernah pun kuar on short breaks tanpa hubby semacam plan kawan2 dia kali ini.

suatu ketika kawan2 tempat kerja ajak dia pergi lepak kat cabin dalam hutan ke apa pada suatu weken, kiranya friday saturday sunday atau maybe lebih lama sikit. wife dia ni tak lah nak sangat pergi, sebab dia tidak senang dgn activities sebegini. tetapi hubby ni encouraged dia. maybe dia nak jugak wife dia jadi out-going etc. juga, utk buat isteri dia lebih banyak beractivities dan bercharacter sikit. lagi pun, hubby nya kenal dgn wanita2 dalam group yang nak kuar bercabin ini. so friday petang lepas keje, wife balik keje tukar pakaian dan amik beg yg dah dikemas2 lalu kawan2 dia pun datang ambik ptg tu dan depa drove away, dan wife ni agak reluctant jugak lah, ie bukannya melompat2 happy nk pegi, malah katanya sapa nak jaga rumah nanti etc. lupa how long tetapi only few days je lah.

few days after, kawan2 tadi arrived depan rumah mereka selepas bercabin, dah malam dan dropped wife tadi kerumah, dan hubby tengok kot tingkap depa pelok2 said goodbye dan kawan2 tu pon belah...

dan kini few aweks after, hubby ini tanya saya. boleh tak i nak confide dgn you; tolong jangan cerita kat orang lain. saya agak terkejut tapi menjawab, ya boleh je, apa hal? lalu dia bercerita dengan suara rendah dan takut2, hingga saya pon takut. katanya: yang dikembalikan dari trip ber cabin hari itu, bukanlah isterinya.. saya tak faham. dia explained; dia kata, ada benda2 kecil yang hanya dia sahaja boleh notice, bahawa itu bukan isteri dia. saya kata awak ni ridiculous., apa bukti. kelakuannya lain, tetapi kelainannya sikit sahaja. routines nya seolah sama bagi org yg tidak akrab dgn isterinya tetapi jika org itu akrab, akan notice ada sedikit benda2 yang berbeza. stylenya, dan ingatannya tentang hubby pun macam berbeza; seolah isteri tadi tidak berapa kenal hubby nya dan mula belajar tentang perkahwinan mereka sedikit demi sedikit dari pergaulan harian saja. juga paling negri, katanya kadang2 isteri dia ini akan berdiri tercegat memandang jauh kedepan tidak bergerak. dia ada tanya secara indirect pada kawan2nya adakah apa2 yg pelik berlaku tetapi depa kata tak ada pun.

semalam, dia terbangun tgh mlm, ternampak dari tingkap tingkat atas dalam cahaya bulan: ''isteri'' nya tercegat berdiri tak bergerak di backyard mereka sambil memandang langit. now, dia sangat takut pada berseorangan di rumah dgn ''isteri''nya... saya tidak tahu bagaimana ingin membantu

(i tak tahu apa kesudahan cerita ini yang dikatakan benar berlaku)
sesiapa yg boleh update silahlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2022 07:15 AM | Show all posts

ha dah ada cerita baru tu.
sila lah enjoy dan komen
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 11:48 AM | Show all posts
ipes2 replied at 15-5-2022 07:10 AM
ini cerita lama yang tidak habis; ie ianya hanya dilaporkan dan tidak ada conclusion. ''saya'' adala ...

oh macam dalam movie, ending dia? ada movie ending dia...dia lalui rutin sama je dgn isteri dia tutapi lama lama isteri jadi sangat menakutkan dan membunuh semua org dirumah itu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 05:41 PM | Show all posts
I penah share citer ni kat porem masa awal-awal i berporem dulu tapi i pun dah ingat-ingat lupa so I recalled mana yg I ingat ye.
Kisah Pak Jabit 1
Zaman I belajar dulu, I ada sorang kawan lelaki. Dia ni hobinye suka kumpul cerita hantu dari orang. Tak sure die bukukan ke tak.  Kisah yang dia share ni adalah apa yang dia dapat dari sorang pemandu teksi kat stesen komuter UKM, kita namakan dia Pak Jabit (bukan nama sebenar).  Dulu, circa pertengahan 2000an, masa I amek degree kt UKM, kitorang punya pengangkutan utama intercity ni adalah komuter, sebab sebelah je kan.  Tapi kalau nak ke komuter atau balik UKM ada beberapa pengangkutan utama, bas UKM ikut jadual die camne, bas tambang tapi yang ni kene tunggu kat luar la pastu teksi.  Teksi zaman tu plak tak pakai meter, dia caj (ke cekik?) sorang student RM6 pastu die jenis tunggu teksi penuh baru dia nak masuk UKM. Alasan, nanti keluar UKM takde orang nak naik teksi dah. hhhmmm

Tapi Pak Jabit ni lain sikit. Pak Jabit ni dah masuk umur pencen dah pun. Tapi tak sampai setahun pencen, isteri Pak Jabit pulak meninggal dunia.  Pak Jabit mula kesunyian duduk seorang diri, jadi dia pun decided nak bawak teksi semula.  Kalau belah siang Pak Jabit takdelah sunyi sangat, sebab siang-siang kan orang tengah aktif, Pak Jabit nak berkebun pun senang, tapi bila dah masuk malam, masa tulah Pak Jabit start rasa sunyi. Bini dah takde, anak-anak pulak dah duduk jauh, jadi Pak Jabit bila malam dia akan keluar memandu teksi. Pak Jabit tak kisah pun bab untung rugi bawak teksi, yang penting malam-malam Pak Jabit terisi.

Anyhoo, ada satu malam tu, Pak Jabit ni tertido dalam teksi.  Tengah syok tidur tu, Pak Jabit dikejutkan dengan cuitan di bahunya.  Oh rupa-rupanya ada seorang lelaki dah masuk teksi dia.  Pemuda tu duduk di tempat duduk belakang. Lelaki tu lelaki Melayu, umur macam awal 20an.  Pada mulanya Pak Jabit sangkakan mungkin dia ni pun student UKM gak kot, tapi bila Pak Jabit tanya nak hantar ke kolej mana, pemuda tu cakap dia nak balik ke satu kampung di Bangi.

Tapi, Pak Jabit tak berapa familiar dengan kampung yang pemuda tu maksudkan (masa ni Bangi memang banyak kawasan kampung tradisional lagi) tapi pemuda tu cakap takpe nanti dia boleh guide Pak Jabit jalan ke rumah dia. Pak Jabit pun start la fare teksi dia, masa ni Pak Jabit perasan jam dah menunjukkan pukul 12.11 tengah malam.  

Pak Jabit pun ikut jelah direction yang ditunjukkan oleh pemuda itu.  Pusing sana, belok sini, masuk kanan.  Pemuda tu membawa Pak Jabit ke satu jalan pasir putih yang belum bertar, tapi bukan jalan kampung.  Tapi jalan tu macam jalan di kawasan perumahan yang belum dibukak.  Macam masih dalam pembinaan tapi banyak rumah yang dah naik dinding bumbung tapi belum dikemas lagi. Pak Jabit dah rasa cemas dah, ah sudah pemuda ni nak rompak aku ke, apehal bawak aku ke sini?  Tapi walaupun taman tu belum siap tapi lampu jalannya dah dipasang, penuh pulak tu kiri kanan. Jadi takdelah gelap sangat tempat tu.

"Kalau pakcik nak tau, kat sini pernah berlaku kemalangan tau.  Lori bawak konkrit malam-malam langgar orang bawak motor."
"Oh ye ke?  Penunggang motor tu selamat ke?"
"Tak pakcik.  Mestilah meninggal. Pemandu lori tu seret orang bawak motor tu, hancur sebelah badannya.  Arwah tu lalu sini sebab sini jalan shortcut nak ke kilang dia."
"Ooohhh kamu kenal ke arwah tu? Kawan kamu ke?"
"Orang yang meninggal tu sayalah pakcik".

Automatik kaki Pak Jabit menekan brek.  Terberhenti betul-betul di sebelah lampu jalan yang terang.  Pak Jabit perlahan-lahan memandang ke cermin pandang belakang, ha tu dia.... pemuda yang dia bawak tu memang badannya hancur sebelah ! Tok Jabit bleh nampak kulit kepalanya macam tersiat-siat sampai nampak tengkorak.  Bukan setakat muka dan kepala je, badan pemuda tu pun sebelah kanannya turut hancur. Baju yang tadi elok dah koyak rabak di sebelah kanan.

Pak Jabit tergamam ketakutan. Dia cuma mampu beristighfar banyak-banyak kali je. Bukannya dia taknak keluar tapi Pak Jabit kata masa tu dia macam kaku tak boleh buat ape. 'Pemuda' tu senyum-senyum je sampailah pemuda tu perlahan-lahan dia ghaib sampai hilang dari pandangan mata. Masa nilah Pak Jabit tekan minyak laju-laju jalan terus dan akhirnya memang jalan tu membawa Pak Jabit ke kampung yang 'pemuda' tadi tu nak pegi.

Pak Jabit nak balik tak tau jalan (masa tu Google Maps ke Waze ke belum famous lg lagipun Pak Jabit dah tua mana die reti pakai benda alah suma tu).  Pak Jabit amek keputusan tido dalam teksi kat kawasan masjid. Esoknya tingkap kereta dia kene ketuk dgn tok imam, Pak Jabit pun ikutla solat jemaah Subuh. Habis solat tu sembang2 la ngan tok imam.  Tok imam kata, memang betul dulu ada orang penah eksiden mati kt taman tu, taman tu agaknya nak kejar deadline jadi malam2 pun buat keje pembinaan lagi, tapi masa tu jalan tu gelap agaknya tak nmpk arwah kot. Sejak tu jugak nak cover kesalahan kot pihak pemaju cepat2 tegakkan tiang lampu.  Tapi tok imam tu cakap, keluarga arwah tak dpt pampasan apa pun sebab jalan tu sebenarnya memang tak boleh masuk lagi.

Apepun Pak Jabit tetap tak serik-serik jugak nak jadik pemandu malam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2022 07:10 PM | Show all posts
annehuda replied at 27-5-2022 05:41 PM
I penah share citer ni kat porem masa awal-awal i berporem dulu tapi i pun dah ingat-ingat lupa so I ...

adeh ngeri
bawak teksi berisiko tinggi esp dari penjenayah.
hantu pon
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 11:27 PM | Show all posts
best semua cerita dalam ni

tak ada cerita lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2022 01:49 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 27-6-2022 04:12 AM
Paiya replied at 26-6-2022 11:27 PM
best semua cerita dalam ni

tak ada cerita lagi?

Ada:  Bilik pinkIni dicerita oleh seorang wanita adult, berkenaan pengalamannya semasa kecil; cerita lama; entah dekat mana sy dgr, sy pun dah lupa. ''I'' adalah wanita itu, USA - Connecticut ke mana tah, lupa. Beberapa sahabat lama bercerita tentang kes2 pelik semasa kecil mereka. Ini kisah dari seorang wanita2 itu:



I still teringat dengan meremang bulu roma masa kecik, umur 4 5 tahun gitu, I ikut my parents pergi house-hunting. Pergi beberapa rumah untuk dibeli, sebab ayah I baru dapat kerja di State ini dan kami akan tinggal beberapa tahun di State ini.

Kali ini turn rumah yang agak besar tetapi agak lama untuk kita buat viewing. Rumah2 sebelum ini, mak I tak berkenan. I remember, I skipping2 sebagaimana budak2 perempuan lain dari luar rumah kedalam dalam ruang tamu rumah itu sambil tangan dipegang oleh mak; dan mak dan ayah dibawa dari bilik ke bilik dalam rumah kosong itu, sambil Estate Agent beri puji2an tentang bilik ini itu (sales pitch la tu kan?). Rumah itu kosong, ada debu2 sikit sebab telah lama tkde org duduk; furnitures semua tertutup dgn tarpauline.

Di tingkat atas, kami lalui satu corridor dan satu bilik tu pintunya terbuka. Malah, bilik itu ada lampu terang, sangat aneh. Bila kami lintas bilik itu, I tgk kedalamnya, dan nampak, seorang wanita 50-60an sedang bersolek perlahan2 seolah2 in slow-motion. Bilik itu pink, lampunya terang. Berbeza dgn bilik2 dan ruang lain, bilik pink ini seoalah2 tidak ditinggalkan dan seolah sedang didiami secara aktif! I kata kat mak, ''Mom, who is..'' Mak sy kata shush, senyap la org tua nk bincang dan mereka berlalu sahaja sambil tarik tangan I. Mereka tidak tegur-sapa pun wanita tu, dan mereka macam tidak terasa pelik pun kerana bilik itu diinap seseorang, seolah mereka tidak nampak! Semasa ditarik ke bilik seterusnya, I sempat berpaling kedalam bilik itu dan nampak wanita tadi pusing kepala perlahan2 dan melemparkan senyuman kepada sy sambil bersolek!

Dad I beli rumah itu, dan bila tanya mak, mak kata bilik pink mana pulak ni? Dan of course, bila kami pindah masuk, tiada pun bilik pink dalam rumah itu.

Kami tinggal bertahun2 didalam nya hingga I dewasa dan parents I tua. Satu ketika, bilik di tingkat atas itu ingin diubah suai dan workers datang. Mereka buang wallpapers dan kikis cat2 lama.. dan tentulah .. terserlah cat asal keseluruhan bilik itu dibawah semua2 itu sebelum workers sempat pecahkan dinding: warna pink terang yang pernah I tengok berpuluh tahun lalu!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 01:27 PM | Show all posts
ipes2 replied at 27-6-2022 01:49 AM
Ada:  Bilik pinkIni dicerita oleh seorang wanita adult, berkenaan pengalamannya semasa kecil; cerit ...

best cerita....


tq Dr Ipes..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 05:54 AM | Show all posts

Sama2.. ada a few lagi yg saya recall yg org beritahu saya.
Nanti sy ceritakan in next 1 to 2 weeks insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:43 AM | Show all posts
I teringat ni citer hantu ke or just kelakar. Kami semua attend wedding cousin, malam dah habis tu uncle nak belanja minum ais kacang..dia kata jom gi RNR sy xingat, tapi area RNR baru dibuka. So 4 kereta pergi memalam tu like almost  12am dah..sampai semua pun lepak duduk and order..riuh la sbb RNR tu agak sunyi dan x ramai org...tetiba masa duduk and hirup ais kacang tu ada salag sorang cousin nk gi toilet. So dia pegilah tanpa risau...after awhile nampak dia patah balik tapi steady je la ...xde nak berlari ke apa...but we noticed muka pucat. Kitaorg pun xde pikir apa...agaknya cousin yg ke toilet ni cerita kat arwah uncle (uncle ni baru meninggal tahun ni ) so uncle i ni mmg berani dan rupanya dia boleh nampak...selamba la dia gi toilet tu...dia kata mmg betul ada mahluk kat toilet tu..baju lusuh,rambut panjang kat penjuru toilet berdiri tegak. Uncle pun cakap ...kau jangan kacau nanti aku belasah. Dipendekkan cerita yg lain continue borak bila dah balik baru uncle citer RNR tu keras...hmmm area selepas kulai x silap...so moral of the story jgn gi toilet sorang sorang if memalam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087838 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list