CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

'Bapa' 129 bayi

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

CLIVE Jones. FOTO Agensi

London: Seorang lelaki mendakwa menjadi penderma sperma paling banyak di dunia sejak sembilan tahun lalu.

Lelaki itu juga mendakwa menjadi 'bapa' kepada 129 anak dengan sembilan lagi dalam masa terdekat.

Clive Jones yang juga pesara guru menggunakan Facebook (FB) untuk menawarkan 'khidmat' susulan banyak permintaan diterima.

Lelaki berusia 66 tahun tidak boleh berbuat perkara sama di bank sperma yang mengenakan syarat usia penderma tidak melebihi 45 tahun.

Lelaki itu mendakwa sudah menemui 20 zuriat daripada 129 bayi hasil benihnya.

"Saya mungkin penderma sperma prolifik dengan jumlah keseluruhan 138 bayi dengan 129 daripadanya sudah dilahirkan.

"Sembilan lagi bayi kini masih dalam kandungan, dan saya berhasrat untuk teruskan bagi tempoh lima tahun lagi," katanya.

Katanya, masyarakat pasti akan lebih memahami kegembiraannya melihat wanita bersama bayi hasil daripada benihnya.

Beliau berkata, keadaan itu dianggap sebagai mencetus kegembiraan dan bahagia.

"Saya lakukan ini secara percuma dan mungkin jika ada hanya sekadar bayaran untuk petrol.

"Meminta bayaran adalah tidak dibenarkan dan ia dilihat tidak baik apabila menjadikan ini sebagai punca pendapatan," katanya.

Pakar kesihatan mengeluarkan amaran berhubung aktiviti itu dan berkata semua penderma serta penerima perlu dipantau oleh klinik berlesen di United Kingdom.

Jones memaklumkan selepas bertemu dengan bakal ibu bapa sebelum dia menetapkan tarikh untuk mendermakan spermanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.225542 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list