CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

Tak boleh ke tandas waktu belajar

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode

KOLEJ Bersepadu Ulidia di Co Antrim, Ireland Utara. FOTO Ulidia Integrated College

Dublin: Sebuah sekolah menengah di Ireland menguatkuasakan larangan penggunaan tandas ke atas pelajar tahun 11 ketika sesi pembelajaran berlangsung berikutan pelanggaran peraturan Covid-19 dan vandalisme.

Kolej Bersepadu Ulidia di Co Antrim, Ireland Utara mempertahankan dasar ketat itu dengan tandas hanya beroperasi waktu rehat dan makan tengah hari secara 'seorang masuk, seorang keluar'.

Sebarang permintaan menggunakan tandas akan ditolak melainkan pelajar menunjukkan kad perubatan atau pengecualian guru, dengan ibu bapa dimaklumkan perkara itu menerusi emel.

Pelajar terdesak menggunakan tandas di luar masa ditetapkan perlu menunjukan nota daripada ibu bapa mereka yang dirujuk serta ditandatangani guru, lapor BelfastLive dipetik Mirror.

Pengurusan sekolah memaklumkan, tindakan berkenaan untuk menangani pelbagai isu berbangkit dalam 'peningkatan jumlah pelajar tahun 11' termasuk tidak menghormati kakitangan, penyalahgunaan tandas, pelanggaran pakaian seragam, pelanggaran peraturan Covid-19 dan vandalisme.

Sekolah itu juga memaklumkan menguatkuasakan 'pendekatan sifar toleransi' sejak 21 Januari lalu.

Dalam kenyataan, Pengetua, Michael Houstan berkata, langkah itu bersifat sementara, sebagai melindungi pelajar dalam kelompok tahun tertentu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059412 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list