CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 1

Dagangan dalam talian pundi renang ikan, gamat ancam spesies

[Copy link]
Post time 30-1-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Gamat dan pundi renang ikan paling banyak didagangkan secara dalam talian di Singapura serta Malaysia. - Foto AGENSI

SINGAPURA: Perdagangan dalam talian dua makanan laut, perut ikan dan gamat, yang amat popular di Singapura serta Malaysia kini mengancam hidupan liar itu.

Menurut pertubuhan pemantauan perdagangan hidupan liar, Traffic, jumlah hidupan liar berkenaan di alam semula jadi kini semakin terancam.

Laporan terbaru oleh pertubuhan itu, bertajuk Penilaian Pantas Terhadap Perdagangan Dalam Talian Gamat Dan Perut Ikan Di Malaysia Dan Singapura, dikeluarkan semalam.

Menurutnya, beberapa spesies terancam dan yang dikawal pada peringkat antarabangsa, termasuk yang dilindungi di bawah undang-undang Singapura serta Malaysia, dijual dalam talian.


Laporan berkenaan, yang meminta pemantauan lebih ketat terhadap perdagangan dua makanan laut itu, menjejaki iklan dan penyenaraian produk terbabit dalam talian selama 11 hari pada 2020.

Ia kemudian kembali kembali ke laman dalam talian itu pada 14 Januari tahun ini dan mendapati bahawa perdagangan masih aktif, malah kini merangkumi spesies yang tidak ditawarkan pada 2020.

Antara laman yang dipantau Traffic ialah laman sesawang e-dagang dan makanan laut yang berpangkalan di Singapura seperti Carousell, Shopee, Lazada, Song Fish Dealer dan Natural Brand.

Antara 17 Jun dan 6 Julai 2020, sebanyak 33 laman dalam talian dari kedua-dua negara mempunyai banyak penyenaraian yang menawarkan sekurang-kurangnya 5,540 kilogram (kg) produk gamat dan perut ikan.

Penjual di pentas dagangan dalam talian, Tradekey Singapore dan Tradekey Malaysia mendakwa mereka boleh membekalkan 4,100 kg gamat, dengan 2,300 kg secara bulanan dan 100 kg secara mingguan, menurut laporan itu.

Pengarah Traffic di Asia Tenggara, Kanitha Krishnasamy, berkata jumlah gamat dan perut ikan yang dilihat dalam perdagangan dalam talian di Malaysia dan Singapura adalah besar.

"Bagaimanapun, jumlah dagangan sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang direkodkan semasa penilaian.

"Kami tahu ini bukan saja kerana produk terbabit tersedia secara meluas di kedai, tetapi beberapa penjual dalam talian juga mendakwa mereka mampu membekalkan jumlah yang besar setiap bulan," katanya.

Perut ikan dan gamat adalah dua daripada empat makanan laut tradisional yang dinikmati secara meluas di Asia, selain abalon dan sirip ikan yu.

Gamat, yang terdapat di dasar laut di seluruh dunia, sangat dihargai kerana khasiat pemakanan dan perubatannya.

'Maw' ikan atau pundi renang ikan besar seperti sturgeon yang dikeringkan, turut mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Dalam laporan Traffic itu, penyelidik mengenal pasti kira-kira 20 spesies gamat yang dijual dalam talian.

Tiga daripada 20 spesies itu kini disenaraikan di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Cites).

Daripada jumlah itu, enam spesies disenaraikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Ia termasuk gamat dan ikan pasir, juga dikenali sebagai wen tu shen dalam bahasa Cina.

Laporan itu turut merumuskan bahawa perdagangan tiga spesies iaitu gamat putih (white teatfish) atau zhu po shen, dan gamat hitam (black teatfish), mesti dikawal untuk memastikan penakatan dan pemuliharaan mereka di alam semula jadi.

"Jumlah jual beli gamat dan perut ikan yang dilihat dalam perdagangan dalam talian di Malaysia dan Singapura adalah besar.

Bagaimanapun, jumlah dagangan sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang direkodkan semasa penilaian. - AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 11:53 AM | Show all posts
minyak gamat naik rege..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.083916 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list