CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

Lapangan Terbang Istanbul paling sibuk

[Copy link]
Post time 31-1-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

LAPANGAN Terbang Istanbul. FOTO Instagram igairport.

Istanbul: Lapangan Terbang Istanbul dinamakan lapangan terbang paling sibuk di Eropah pada 2021 dengan hampir 37 juta penumpang, menurut laporan tahunan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Eropah, lapor Sputnik.

Meskipun trafik penumpang merentasi rangkaian lapangan terbang Eropah meningkat sebanyak 37 peratus pada 2021 berbanding 2020, ia masih kekal 59 peratus di bawah paras pra-pandemik 2019, kata laporan itu.

Daripada lima senarai teratas secara keseluruhan, Lapangan Terbang Istanbul merupakan lapangan terbang tersibuk di Eropah pada 2021 dengan 36,988,563 penumpang, diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di Moscow dengan 30,943,456 penumpang; Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dengan 26,201,698 penumpang; Lapangan Terbang Amsterdam Schipholported dan Lapangan Terbang Moscow Doirmoded.

Lapangan Terbang Istanbul juga tersenarai di tempat pertama untuk jumlah penumpang paling banyak di antara lapangan terbang Eropah pada 2020, iaitu melebihi 20 juta penumpang walaupun terdapat sekatan perjalanan akibat pandemik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045629 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list