View: 1138|Reply: 2
|
Kucing hilang 11 tahun ditemui semula
[Copy link]
|
|
FIONA Mutter bersama Fergus. FOTO Agensi
Edinburgh: Suami isteri warga Scotland tidak sangka bertemu semula dengan kucing kesayangan mereka, Fergus selepas 11 tahun haiwan itu hilang.
Fiona Mutter, 45, berkata, kali terakhir Fergus dilihat di padang dekat rumahnya di Forres, Moray dan dia menyangka kucing itu yang kini usianya 14 tahun sudah mati.
Ibu dua anak itu terkejut apabila menerima panggilan daripada pertubuhan perlindungan kucing, Cats Protection League (CPL) yang memaklumkan menemui Fergus di Aberdeen, kira-kira 80 batu (128.75 kilometer) jaraknya dari rumah mereka.
CPL mengetahui pemilik sebenar Fergus berdasarkan hantaran di Facebook mengenai kehilangan haiwan itu yang dimuat naik Fiona.
Fergus juga sudah ditandakan dengan mikrocip yang membolehkan sukarelawan perlindungan kucing mencari Fiona sekiranya kucing itu hilang, menurut Aberdeen Live.
"Saya harap Fergus dapat bercakap dan beritahu ke mana dia menghilang selama ini. Ia sangat mengejutkan apabila menerima panggilan telefon yang memaklumkan Fergus masih hidup.
"Fergus memang gemar berjalan dan kadang kala keluar selama beberapa hari, tetapi satu hari dia tidak pulang langsung.
"Kami sangka sesuatu yang buruk berlaku kepadanya. Namun mendengar ia masih hidup dan berada di tempat yang sangat jauh adalah sangat mengejutkan," kata Fiona.
Kehilangan Fergus selama 11 tahun menjadi misteri, tetapi CPL percaya kucing itu menaiki kenderaan yang membawanya hingga ke Aberdeen.
Sejak September lalu, Fergus diberi makan dan tempat tinggal selesa oleh kakitangan di pusat kitar semula Aberdeen, sebelum dipertemukan dengan Fiona.
Fergus kini semakin selesa dan gembira di samping keluarga Fiona yang memelihara seekor lagi kucing, Ozzy selepas kehilangan itu. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau 11 tahun hilang = 60 tahun
tua dah kucing tu |
|
|
|
|
|
|
|
sihat benar kamu wahai kucing, panjang umur |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|