CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

Bukan bilik, tetapi khemah untuk disewa

[Copy link]
Post time 2-2-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode

IKLAN yang menunjukkan khemah yang dipasang di balkoni. FOTO Agensi P

Geneva: Seorang wanita yang menyiarkan iklan untuk menyewa khemah di balkoninya sebagai bilik perkongsian dengan bayaran mengejutkan 402 euro (RM1,891) sebulan.

Wanita berusia 27 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama pertamanya Sandra, sedang mencari rakan serumah untuk menyewa flat dengan 'pemandangan langit' dalam usaha mengurangkan kos sewanya.

Tidak menawarkan bilik sebenar di dalam flat itu, dia sebaliknya menawarkan khemah kecil untuk dua orang di balkoninya yang tidak berbumbung dengan harga 402 euro sebulan.

Menurut iklan dalam talian, khemah kalis air yang dipasang di atas tikar penebat boleh disewa tanpa bayaran tambahan seperti alat pemanas.

Iklan itu juga menyatakan tilam dan bantal juga disediakan atas permintaan.

Gambar menunjukkan khemah kecil itu diletakkan di balkoni dan kelihatan berada di tingkat satu bangunan itu.

Khemah itu dilengkapi dengan katil bayi lipat berwarna merah jambu terang dan bantal.

Syukurlah, perjanjian penyewaan itu termasuk penggunaan bersama dapur, ruang tamu dan bilik mandi, untuk berehat dari suasana sejuk Switzerland di luar rumah.

Sandra berkata, dia "ingin tinggal bersama orang lain dan mengurangkan sedikit sewa saya".

Dia juga menawarkan seseorang peluang untuk tinggal di Zurich dengan harga yang murah.

"Itulah sebabnya saya datang dengan idea khemah ini.

"Di bandar ini, keadaan bagi mereka yang mencari flat adalah sangat sukar. Mencari bilik yang mampu disewa adalah hampir mustahil," katanya.

Sandra berkata, dia sudah menerima beberapa permintaan yang mendapati idea itu sedikit berbeza,

"Kebanyakan pelajar menganggap idea itu bagus. Ramai yang menulis ia adalah sesuatu yang berbeza," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.153983 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list