CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 5

[Jenayah] 'Wali Tujuh' kumpulan ajaran sesat ilmu kebal tumpas, turut terjebak 20 pekerja ladang

[Copy link]
Post time 2-2-2022 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-2-2022 08:20 PM

KOTA KINABALU: Tiga warga asing yang menyebarkan ajaran ilmu batin dan kebal di beberapa ladang di negeri ini ditahan di Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, semalam.

Tangkapan itu dilakukan oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah itu dipercayai menyebarkan ajaran ‘Wali Tujuh’.

Berdasarkan siasatan, kumpulan Wali Tujuh itu mempunyai 20 orang pengikut terdiri daripada warga asing yang merupakan pekerja ladang.

“Risikan awal mendapati kumpulan ini diketuai oleh seorang guru dengan dibantu oleh dua individu.

“Kumpulan ini mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dengan membawa ajaran ilmu batin dan kebal. Ajaran ini berkembang pantas dan menarik penyertaan pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

“Turut dirampas semasa serbuan adalah beberapa barang peribadi milik salah seorang individu yang ditahan iaitu kalendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, Hamzah menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang sengaja mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan di negara ini, terutama di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya.

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/kumpulan-ajaran-sesat-wali-tujuh-tumpas/





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seramnya..kot la dorg gunakan ilmu
utk  mendampingi gadis sabah ..dah la perempuan sabah lawa lawa
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sangat kebal tapi sebenarnya jin yg tahan tu yg tikam tak lut. Tak mampu nak carry bawak ilmu, lama2 jadi gila isim weng bogel kat tengah jalan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bung bung cikecikecike bung bung bung

Kenabatangan:





Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan Esscom pun tewas… kebal kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 12:02 PM | Show all posts
scary btol. mcm2 laa skrg ni. sbb tu laa macam2 bala Allah turunkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.508512 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list