CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

Tujuh dekad!

[Copy link]
Post time 5-2-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode

RATU Elizabeth II. - Gambar fail Reuters

London: Pada usianya yang mencecah 95 tahun, Ratu Elizabeth II dari Britain ialah pemerintah raja masih hidup yang paling lama memerintah di dunia.

Ratu Elizabeth II akan menyambut ulang tahun pemerintahannya yang ke-70, esok.

Rekodnya bagaimanapun tidak dapat mengatasi dua raja besar lain iaitu Raja Perancis, Louis XIV dan Raja Bhumibol di Thailand.

Berikut senarai pemerintah raja paling lama memerintah di dunia.

1. Perancis

Raja Louis XIV memerintah selama 72 tahun selepas menaiki takhta antara tahun 1643 hingga 1715.

Dilahirkan pada 1638, Louis menaiki takhta pada usia empat tahun serta menjadikan Perancis kuasa terkemuka Eropah selepas tiga perang besar.

Seorang penari balet yang berbakat dan pernah berkahwin dua kali serta membina Istana Versailles yang besar berhampiran Paris.

2. Thailand

Raja Bhumibol Adulyadej memegang rekod moden selepas dimasyhurkan dengan nama Rama IX pada Jun 1946.

Raja yang dihormati ramai itu meninggal dunia pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun.

Tujuh dekad pemerintahannya sarat pergolakan dengan pemberontakan komunis, rampasan kuasa dan protes jalanan.

3. United Kingdom

Ratu Elizabeth II mewarisi takhta pada 8 Februari 1952 pada usia 25 tahun selepas kemangkatan bapanya, George VI.

Dia juga memerintah 14 negara Komanwel serta mengetuai organisasi itu, yang mewarisi satu pertiga daripada populasi penduduk dunia.

Elizabeth II bakal mengatasi rekod Raja Bhumibol Adulyadej sebagai pemerintah raja era moden yang paling lama memerintah, jika masih bertakhta pada 12 Jun 2022.

4. Austria

Maharaja Franz Joseph memerintah selama hampir 68 tahun antara 1848 dan 1916.

Ketua dinasti Habsburg yang berkuasa memerintah pelbagai etnik dengan lebih daripada 50 juta orang.

Dilihat sebagai penjaga kemuliaan empayar dan juga tokoh yang bertanggungjawab atas kemerosotannya.

Ramai yang menyalahkan raja ini berhubung Perang Dunia I.

5. United Kingdom

Ratu Victoria memerintah selama hampir 64 tahun dari 1837 hingga 1901 ketika Empayar British berada di puncaknya.

Ia menjadikan tempoh masa pemerintahannya digelar sebagai Zaman Victoria.

6. Jepun

Maharaja Hirohito meninggal dunia pada Januari 1989 pada usia 87 tahun selepas memerintah selama 62 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047711 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list