CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

Mayat budak lelaki albino dikerat untuk amalan sihir

[Copy link]
Post time 5-2-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

LEBIH 20 individu albino dibunuh di Burundi sejak 2008. FOTO AFP

Nairobi: Mayat seorang kanak-kanak lelaki albino berusia empat tahun yang dikerat ditemukan semalam di Burundi, beberapa hari selepas dia dilaporkan hilang, kata persatuan albino tempatan dan seorang pegawai kerajaan.

Bahagian anggota badan individu albino mendapat permintaan tinggi di beberapa bahagian Afrika, untuk amalan sihir kerana dipercayai membawa tuah dan kekayaan.

Tiga orang dipercayai memandu menaiki kereta dan melarikan kanak-kanak lelaki itu dari jalanan, pada Sabtu, ketika dia bermain dengan kanak-kanak lain di pinggir bandar terbesar Burundi, Bujumbura, kata persatuan tempatan, Albino Tanpa Sempadan (ASF).

Penculik itu melarikan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Abdul, kira-kira 230 kilometer ke wilayah Cankuzo di mana mangsa dibunuh dan dikerat, kata ASF dan seorang pegawai pentadbiran tempatan.

"Abdul dibunuh, kemudian tangan dan kakinya dipotong sebelum mengeluarkan tulang dan berkongsi anggota itu. Mayatnya dibuang ke dalam hutan," kata pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan.

"Seorang kanak-kanak yang menggembala lembu melihat mayat mangsa dan ia membawa kepada penahanan dua daripada tiga tertuduh. Mereka ditangkap kerana memiliki tulang," tambahnya.

Jenayah itu yang pertama seumpamanya dalam dua tahun di Burundi, kata jurucakap ASF Chadrack Nahumuremyi kepada AFP.

Lebih 20 individu albino dibunuh di Burundi sejak 2008.

Nahumuremyi berkata, pihak berkuasa harus mengenakan hukuman lebih berat bagi jenayah sebegitu, merujuk kepada Tanzania di mana hukuman mati dijatuhkan bagi pembunuhan individu albino.

"Kami meminta perlindungan lebih kukuh untuk individu albino di negara ini, kerana mereka dan keluarga mereka, ketakutan dan tidak berani meninggalkan rumah," katanya.

Beliau berkata kesedaran lebih tinggi diperlukan supaya masyarakat umum memahami individu albino adalah manusia seperti mereka, yang mesti dihormati seperti orang lain."

Sesetengah pakar percaya permintaan untuk bahagian badan albino di Tanzania di mana serangan sedemikian adalah paling berleluasa mendorong pembunuhan sedemikian di kawasan sempadan.

Albinisme ialah keadaan genetik yang mengakibatkan sedikit atau tiada pengeluaran pigmen melanin, yang menentukan warna kulit, rambut dan mata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.277554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list