CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

Singapura lapor 13,208 kes jangkitan COVID-19 baharu pada Jumaat

[Copy link]
Post time 5-2-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-2-2022 06:00 AM




SINGAPURA: Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.


Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7 peratus tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Jumlah kes akibat COVID-19 kini mencecah 379,681, dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Febuari, 89 peratus penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin COVID-19, dan 59 peratus telah menerima suntikan penggalak. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/02/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064418 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list