CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

Gunung Anak Krakatau meletus 9 kali

[Copy link]
Post time 5-2-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Gunung berapi Anak Krakatau memuntahkan abu ke udara. - Foto AFP/PVMBG

SUMATERA: Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali sejak semalam.

Kompas.com melaporkan, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata, letusan berlaku antara pukul 9.43 pagi hingga 5.07 petang (waktu tempatan) dengan kepulan debu panas berwarna kelabu hitam setinggi 800 hingga 1,000 meter di atas puncak gunung.

Berdasarkan pemantauan visual oleh PVMBG, terdapat petunjuk letusan yang berlaku adalah daripada jenis magmatik, selaras dengan rekod gempa bumi gunung berapi.

Data pemantauan visual dan instrumental menunjukkan Gunung Anak Krakatau masih berpotensi meletus dan ditetapkan pada tahap dua, waspada.


"Potensi bahaya daripada aktiviti semasa Gunung Anak Krakatau boleh menyebabkan lava pijar, bahan piroklastik dan aliran lava.

"Hujan abu yang lebat berpotensi di sekitar kawah dalam radius dua kilometer dari kawah aktif," katanya.

Susulan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak mendekati jarak terbabit. - AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list