CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

AS masih kekalkan dasar menghalang kemasukan orang Islam

[Copy link]
Post time 6-2-2022 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Larangan perjalanan Presiden Donald Trump yang menyasarkan orang dari negara majoriti Islam mendapat bantahan. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS), peguam bela hak asasi manusia dan pakar imigresen kecewa apabila dasar menghalang kemasukan orang Islam dari beberapa negara masih meninggalkan kesan berlarutan sehingga hari ini.

Al Jazeera melaporkan, di sebalik keputusan Presiden AS, Joe Biden untuk membatalkan larangan terbabit pada hari pertama beliau memegang jawatan tahun lalu, dasar itu dilihat masih menghalang rakyat AS yang terpisah jauh dengan ahli keluarga mereka.

Mac lalu, Jabatan Negara AS berkata, pemohon yang dinafikan kemasukan semasa bagi tahun fiskal 2017 hingga 2020 akibat larangan itu, perlu memohon semula ke program terbabit walaupun peluang untuk dipilih semula adalah sangat tipis.

Ahmad, 33, yang berasal dari Syria pernah menerima visa ke AS pada Mei 2018, selepas percubaan kali ketiga memohon Program Visa Kepelbagaian.

Dia bagaikan tidak percaya dengan peluang sekali dalam seumur hidup itu.

Lelaki itu meninggalkan negara yang dilanda perang pada Julai 2019 ke Jordan bagi melakukan ujian perubatan dan temuduga di kedutaan AS sebagai sebahagian daripada syarat permohonan.

Bagaimanapun, sehingga sekarang dia belum menerima sebarang khabar berita mengenai permohonan terbabit.

"Kami dilayan secara tidak adil. Saya sama seperti orang lain kerana mempunyai hak untuk mengembara dan mendapatkan masa depan yang lebih baik.

"Saya berasa terlalu marah kerana bayaran permohonan visa termasuk kos perjalanan dan belanja perubatan sama dengan gaji setahun," katanya.

Lima tahun lalu, Bekas Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan dasar menghalang kemasukan ribuan penduduk dari beberapa negara majoriti Islam.

Arahan itu menyebabkan ratusan pelancong kecewa apabila visa mereka dibatalkan, ditahan dan dihantar pulang. - AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.059905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list