CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Rupanya takut dengan serangga!

[Copy link]
Post time 7-2-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Michael Amoia, 47, disahkan sebagai pemegang rekod dunia bagi tatu paling banyak serangga di badannya dengan 864 tatu.

Washington: Pemegang The Guinness World Record tatu serangga terbanyak di badan mendedahkan sisi gelapnya yang sebenarnya takut dengan serangga.

Daily Star melaporkan, Michael Amoia, 47, disahkan sebagai pemegang rekod dunia bagi tatu serangga paling banyak di badannya dengan 864 tatu.

Pemegang rekod sebelum ini ialah Baxter Milsom hanya 402 tatu.

Michael yang berasal dari New York mencacah tatu serangga pertamanya pada usia 21 tahun iaitu ratu semut merah di bawah lengannya.

Sebahagian daripada dakwat serangga yang dicacah dibuat dalam tempoh lebih dua dekad.

Antara tatu berkenaan adalah 89 semut di lengan kirinya dan kumbang di atas mata kanannya.

Walaupun terdapat sejumlah besar tatu serangga di seluruh badannya, dia berkata, orang sering tersalah anggap dia suka serangga sedangkan dia sebenarnya benci dengan haiwan berkenaan.

"Ramai orang fikir saya suka serangga tetapi ia adalah sebaliknya.

"Saya takut dan benci serangga, tetapi ia mempunyai pelbagai makna, itulah sebabnya saya meletakkannya di seluruh badan saya.

"Ia ada beberapa makna yang gelap, tetapi lebih kepada mesej yang positif," katanya.

Michael yang bekerja sebagai penerbit muzik berkata, dakwat itu boleh menarik banyak perhatian apabila dia berada di luar rumah.

"Orang selalu datang kepada saya dan bercakap dengan saya mengenai kerja saya.

"Tetapi apabila mereka mengetahui mengenai kisah saya, mereka mula merumuskan pendapat yang sama sekali berbeza mengenai saya," katanya.

Dia berkata, lebih melucukan pendapat orang ramai mengatakan dia akan sukar mendapat pekerjaan kerana badannya dipenuhi tatu.

Michael menganggotai lembaga pengarah di For a Bright Future – sebuah yayasan yang menderma peralatan dan wang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 1.146751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list