CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 15-6-2022 02:45 PM | Show all posts
KARIPAP PUSING

Bahan doh minyak :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak - dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya (air suhu biasa)

Bahan doh marjerin :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih

1. Doh minyak : satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
2. Doh marjerin : satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.
3. Bulat2kan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
4. Ambil 1 doh minyak leperkan, masukkan doh marjerin di dalamnya.
5. Tutup doh bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatkan doh. Rehatkan doh 5 minit.
6. Ambil 1 doh dan canaikan.
7. Kemudian sapu sedikit air dipermukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit2 sahaja.
8. Gulung doh tadi dan letak memanjang kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
9. Gulung doh sekali lagi. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
10. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.
11. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut citarasa memasing.
12. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.
13. Siap untuk dinikmati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 10:09 PM | Show all posts
Ikan Patin Masak Tempoyak



Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan patin
  • 6 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 1 bunga kantan - belah 4
  • Sedikit daun kesum
  • 2 batang serai
  • 1 asam keping
  • Garam

Cara Penyediaan:
  • Tumbuk cili padi dan kunyit.
  • Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
  • Tempoyak diblender dengan air secukupnya
  • Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
  • Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
  • Masak sehingga sebati semuanya,dan kemudian masukkan asam keping.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:11 PM | Show all posts
Kailan Ikan Masin



Bahan-Bahan:
  • 1 ikat sayur kailan
  • 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
  • 4 biji cili padi, ketuk
  • 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:
  • Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
  • Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
  • Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  • Angkat dan hidang.



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:13 PM | Show all posts
Cucur Ikan Bilis



Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai - potong pendek
3/4 cawan bawang besar Holland - potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil - tak letak
1/4 sudu kecil soda bikarbanat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan air biasa - lebih kurang 250 ml


Cara cara:
Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.


Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.

Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.  Angkat dan tos.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:14 PM | Show all posts
Kuih Kaswi



Bahan bahan
1 cawan gula
1 cawan gula merah/gula melaka
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
5 cawan air
1/2 sudu kecil nescafe atau kicap pekat
1/2 biji Kelapa parut
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Masak 2 cawan air dengan gula pasir dan gula merah. Ketepikan.

Campurkan kesemua jenis tepung dan bancuh dengan 3 cawan air. Masukkan air kapur dan sedikit kicap pekat. (Nota: boleh juga menggunakan tepung gandum menggantikan tepung beras)

Tuang air gula ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata. Tapis dan tuang dalam acuan yang telah dilenser minyak dan dipanaskan terlebih dahulu.

Kukus selama 30 hingga 40 minit.
Potong bila dah betul betul sejuk dg menggunakan pisau plastik atau pisau yang dibalut dengan plastik.

Gaul kuih yang dipotong dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jika suka, boleh juga dikukus kelapa parut tersebut sekejap supaya tahan lebih lama.



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:18 PM | Show all posts
Masak Lemak Perut Lembu


Bahan bahan:
Perut lembu
1 mangkuk santan segar
1-2 biji ubi kentang
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak


Bahan kisar:
15-20 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 inci halia


Cara cara:
Perut direbus dengan sedikit halia dan lengkuas sehingga empuk. Angkat dan tos.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Nota: boleh juga, jika tidak mahu tumis.  

Setelah naik bau dan masak, masukkan perut dan ubi kentang. Kacau rata sehingga kentang empuk.
Setelah kentang empuk, masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tuangkan santan, masukkan asam keping dan garam.
Nota: tujuan supaya santan tidak terus bersentuh dengan minyak panas sehingga menjadi kuah berketul.
Masak sehingga kuah mendidih dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2022 08:45 AM | Show all posts
DAGING BERIANI YANG SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah

BAHAN TUMIS
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

CARA PENYEDIAAN
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2022 09:50 AM | Show all posts
Pandan Burnt Cheesecake

Bahan
250g cream cheese (tatura)
3 biji telur gred B
5 sb gula halus
2 sb tepung gandum
125ml santan kotak
1/2 sk esen pandan
Pewarna hijau epal (star brand)

Cara2 :
- blend terus semua sampai sebati
- loyang 6 inci alas dgn baking paper
- tuang adunan.. Hentak perlahan2 loyang tu 3 kali
- akak bakar guna air fryer
- suhu 180'C.. Bakar 25 minit

Cara2 bakar oven
- panaskan oven pada suhu  selama 10 minit
- bakar pada suhu 250'C selama 25 minit
- sejukkan.. Boleh masuk dlm fridge sejam
- baru keluarkan & potong.. Sedia dihidang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2022 09:52 AM | Show all posts
Telur sarang

Resepi -
Bahan:
Telur sebiji
2 stgh sudu besar air putih/paip
garam pink sikit kalau nak.
Minyak yang banyak nyak nyak.
kuali
sudip (haaa nampak mcm banyak kan bahan dia?).

Cara:
-Panaskan kuali dengan api yang besarrr sangat, tuang minyak yang banyakkk. Biar sampai berasap(tipu je). .
-Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan kelajuan angin membelah lautan sampai berbuih-buih telur uols.
-Lepas tu tuang telur dalam minyak yang panas, Tarikkkkk mangkuk tu tinggi-tinggi setinggi Burj tower supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali dan menghasilkan letusan gunung berapi lalu merebak ke seluruh minyak.
-tutup api besar/kecilkan api. Sila tunggu dengan sabar sambil buat air teh o boleh cicah biskut hupseng.
-Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
-Sila tuggu dengan kesabaran lagi. .
-terbalikkan lagi skali bila dah garing. angkat dan toskan.
-kalau tak suka telur garing sangat, boleh reduce cooking time.
-sekian terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:16 PM | Show all posts
KERABU MAGGI



BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato



BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya



CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:18 PM | Show all posts
Mee Kari



Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
  • 300 gram udang, buang kulit
  • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (boleh digantikan dengan santan kotak)
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
    • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
  • Bahan untuk hiasan:
    • 4 biji telur rebus, potong dua
    • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
    • bawang goreng
    • limau kasturi, potong dua
    • taugeh
    • daun bawang
    • cili merah
    • tauhu kering goreng
    • *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa


Cara Penyediaan:
  • Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Tip:
  • 1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
  • 2.Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:20 PM | Show all posts
Kari Telur


Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan:
  • Telur 4-6 biji (yg telah direbus)
  • Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)
  • Serbuk kari daging - 4-5 sudu besar
  • (Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
  • Santan - lebih kurang 1/2 - 1 cawan
  • Halba campur - lebih kurang separuh sudu kecil
  • Daun kari - 1 batang
  • Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris :
    • Bawang kecil - 2 biji
    • Bawang putih - 2-3 ulas
    • Halia lebih kurang 2cm


Cara Penyediaan:
  • Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut.
  • Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
  • Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
  • Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.

Tip:
  • Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yg baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:22 PM | Show all posts
Sandwich Telur



Bahan-bahan:
  • 4 biji telur, direbus
  • 8 keping roti sandwich
  • Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
  • 1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
  • 2-3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Daun salad
  • Tomato

Cara Penyediaan:
  • Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
  • Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
  • Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
  • Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 10:50 AM | Show all posts
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor ikan kembung – bersihkan
  • Air secukupnya
BAHAN UNTUK AIR ASAM:
  • 30gm cili padi
  • 10gm cili besar merah
  • 20gm perahan limau kasturi
  • 100ml air asam jawa
  • 1 biji buah tomato – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 5gm garam
  • 5gm serbuk perasa (pilihan)
CARA MEMASAK:
  • Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
  • Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.
  • Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.
  • Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.
  • Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.190961 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list