CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

Ganjaran AS$10 juta untuk kesan Sanaullah

[Copy link]
Post time 8-2-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode

SANAULLAH Ghafari. FOTO Agensi

Washington: Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta) kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat identiti atau lokasi pemimpin Daesh cabang Afghanistan.

Jabatan Negara AS turut menawarkan ganjaran untuk sebarang maklumat boleh membantu dalam menahan atau mensabitkan kesalahan individu bertanggungjawab ke atas serangan di lapangan terbang Kabul pada 26 Ogos tahun lalu yang didakwa dilakukan kumpulan Daesh Khorasan (IS-K) .

Serangan mengorbankan lebih 100 individu termasuk 13 tentera AS dilancarkan ketika AS mengatur pengunduran tenteranya dari Afghanistan dan pemindahan warga Afghanistan yang dianggap terancam selepas Taliban mengambil alih negara itu.

Menurut Washington, Sanaullah Ghafari juga dikenali sebagai Shahab al-Muhajir dilantik sebagai ketua IS-K pada Jun 2020.

IS-K adalah cabang Daesh di Afghanistan yang berasal dari Iraq dan Syria.

"Sanaullah bertanggungjawab meluluskan semua operasi ISIS-K di seluruh Afghanistan dan mengatur pembiayaan untuk menjalankan operasi," kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan.

Beliau disenaraihitamkan pada November sebagai pengganas asing.

Sanaullah dikatakan pernah menjadi komander Al-Qaeda atau bekas anggota rangkaian Haqqani iaitu antara puak yang paling berkuasa dan digeruni dalam Taliban.

IS-K bertanggungjawab untuk beberapa serangan maut di rantau ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membunuh orang awam di Afghanistan dan Pakistan, di masjid, kuil, dataran awam dan hospital.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056922 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list