CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

Nenek jalani latihan guna senjata api

[Copy link]
Post time 8-2-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode

RUMIA menjalani latihan bersama tentera. FOTO EPA

Kyiv: Seorang wanita berstatus nenek menjalani latihan menggunakan senjata dengan Pasukan Pertahanan Wilayah ketika Ukraine bersiap sedia untuk menghadapi ancaman pencerobohan Rusia.

Daily Star melaporkan Rumia, 59, menyertai ratusan sukarelawan dengan TDF Ukraine kerana kebimbangan mengenai kemungkinan pencerobohan itu.

Rumia adalah kerani pentadbiran dan berketurunan suku kaum Tartar yang berasal dari Semenanjung Crimea, lapor portal Mirror.

Semenanjung Crimea ditakluk Rusia pada 2014.

Rumia kini menyertai kumpulan sukarelawan penduduk Ukraine yang terdiri daripada semua peringkat umur untuk mencuba menghalang pencerobohan Rusia di Kyiv. Wanita itu dirakam memegang model senapang serangan bersama sukarelawan lain ketika berlatih di pinggir Kyiv.

Ancaman pencerobohan berskala besar oleh Rusia meningkat pada akhir tahun lalu dan permulaan tahun ini.

Wilayah Donbas di Ukraine terbabit dengan peperangan sejak 2014 dengan pemisah yang disokong Rusia.

Dalam pada itu, Rusia terus menafikan sebarang niat untuk menceroboh Ukraine, tetapi Presidennya, Vladimir Putin sudah menghantar kira-kira 100,000 tentera bersama kenderaan, senjata dan bekalan di sempadan.

Moscow agresif dalam meningkatkan aktiviti ketenteraan di sempadan selepas Ukraine dilihat mahu menjalinkan hubungan dengan negara Barat lain.

Rusia menggesa negara Barat untuk berjanji untuk tidak menerima Ukraine sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Putin juga sudah menuntut semua penempatan semasa tentera Barat dan Nato, supaya ditarik balik.

Rakyat di Ukraine semakin bimbang akan keselamatan mereka menyebabkan terdapat peningkatan bilangan yang mendaftar untuk menjalani latihan sebagai tentera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.091110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list