CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

Bunuh adik tukar jantina

[Copy link]
Post time 9-2-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR dimuat naik yang membawa kepada ajal.

Baghdad: Seorang lelaki Iraq menembak mati saudara kandungnya dipercayai kerana perbuatan mangsa yang menjalani pembedahan menukar jantina.

Gulf News melaporkan, Polis Dohuk di wilayah Kurdistan memaklumkan bahawa Doski Azad, seorang jurusolek berusia 23 tahun dibunuh oleh abangnya, Chakdar.

Polis Dohuk berkata mayat mangsa ditemukan berhampiran kampung Babukhkii.

Mangsa disyaki dibunuh tidak lama selepas memuat naik gambar 'transformasinya' di media sosial.

Polis tahu mengenai kematian Doski tiga hari selepas mangsa dibunuh sebaik menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang abang mangsa.

Media tempatan melaporkan, tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Doski yang meninggalkan rumah lebih lima tahun lalu, menerima pelbagai ugutan daripada keluarganya kerana penampilannya sebelum ini.

Dia tetap menerima ancaman itu walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang 'wanita' dan bekerja di salun.

Pengarah daerah Brendar Doski berkata, keluarga Doski memaklumkan mengenai pembunuhan mangsa.

Mereka turut memberikan lokasi mayat Doski dan polis menemui mayat mangsa sebaik tiba di kampung berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049561 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list