CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

Kes Covid-19 global lepasi 400 juta

[Copy link]
Post time 9-2-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Kes Covid-19 global melepasi angka 400 juta pada Selasa. - Gambar hiasan

NEW YORK - Kes Covid-19 global melepasi angka 400 juta pada Selasa, menurut data daripada Johns Hopkins University.

Angka kes global berjumlah 400,244,031 dengan 5,761,208 kematian di seluruh dunia, setakat jam 5.21 petang waktu tempatan (2221 GMT), lapor Xinhua memetik data itu.

Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia, menyumbang lebih 19 peratus daripada kes global dan lebih 15 peratus daripada kematian dunia.

India mencatatkan jumlah kes kedua terbesar di dunia sebanyak 42,339,611, diikuti Brazil dengan 26,776,692 kes serta jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 634,057.

Negara lain yang mencatat lebih 12 juta kes termasuk Perancis, Britain, Rusia dan Turki, manakala negara dengan lebih 200,000 kematian termasuk India, Rusia, Mexico dan Peru, menurut data yang dikumpulkan oleh universiti itu

Angka kes global mencapai 100 juta pada 26 Januari 2021, meningkat kepada 200 juta pada 4 Ogos dan melebihi 300 juta pada 6 Januari 2022. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bal-lepasi-400-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067425 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list